soLat sUnaT taUbaT & caRa meLaKsaNakaNnya

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat:

1. Ikhlas ingin bertaubat

2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi

3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan

4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya

5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat:

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya.

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat:

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

Waktu di lakukan – bila-bila masa ketika merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim untuk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail.

Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dalam ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)

Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah.

Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.

Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.

Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah swt.

———————————————————–

*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;

Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:

Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.

Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.

Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).

Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.

Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.

Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.

Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.

sumber : Muhammad Isa Selamat dr blogtokwan

About these ads
By khairazahra Posted in Solat

82 comments on “soLat sUnaT taUbaT & caRa meLaKsaNakaNnya

  1. assalamualaikum..
    akhirnya jmp juga cara nk lakukan solat sunat taubat yg btul..alhmdulillah..
    trlalu byk dosa dn mksiat dilakukan spnjg 30thn hidup ni,moga allah trima taubat dn doa2 sy..moga diberkati hidup ini

  2. assalamualaikum….mengapa saya slalu mengulangi perkara yang boleh mnyebabkn ALLAH S.W.T murka??adakah pintu hati saya trtutup???

  3. SALAM,,sya amat berdosa,,sy xthu nk ckp mcm mna,,sy bnyk mlakukan dosa besar,,sy thu tntg agama,,tp sy ttap mlakukan dosa wlwpun sy thu bnda tu brdosa besar,,kadang sy trpikir sndrian,,sy xkuat utk hadapi ujian Allah..=(,,,sy pnah rsa dpt hdayah dri Allah pda usia sy 15 thun,,,tp skrang sy rsa dri sy tlh hlang dri hdayah Allah,,sy lupa ap ilmu yg ad,,sy hafal dan lupa sgala2,,,,sy mhukan rahmat Allah dan redha Allah,,sy juga tlg bnyk bt salah dgn org lain,,sy bnyk bckp bohong,,sy mahu hidayah Allah kmbli dlam dri sy,,sy perlu istiqamah tp sy x kuat,,sy buntu,,sy lemah sgla2nya sy xmmpu,,

    • W’salam..sebagai insan biasa saya mendoakan kita sama2 berusaha untuk berada psda jalan gg Allah redhai..sesungguhnya doa itu adalah senjata orang mukmin.berdoalah agar tidak sesaat pun dr masa anda tanpa hidayah Allah..istiqamah lah dlm melaksanakan perintah Allah serta meninggalkan karangan-Nya..insyaAllah. semoga sama-sama diberi petunjuk.

  4. salam…saya rasa yg amat bersalah terhadap kwn saya walaupun mereka bukan beragama Islam…jahatkah saya nie…buruk sgtkah prangai saya hingga blh menyebabkan mereka di buang kerja…secara jujurnya, mmg tiada terlintas walau sebesar zarah niat saya untuk menyusahkan mereka…niat saya hanyalah untuk menolong mereka…tapi x sangka boleh jadi perkara besar mcm nie… hati tak senang, jiwa tak tenteram bila dapat tau hal nie…masih ada kemaafan ker dari kawan2 saya???….bagaimna jika mereka tidak mahu memaafkan diri saya???…

  5. Salam..mengenai bacaan doa nabi yunus dan penghulu doa boleh sertakan dalil tak..supaya amalan ini dapat dilakukan dengan lebih yakin. tq :)

  6. assalamualaikum….
    setelah membaca,saya ingin bertobat dan kembali di jalan allah,saya ingin membenahi diri saya yang terperengkup banyak masalah dan pikiran ini,,,,,semoga saya berhasil aminnn….

  7. saya terlalu banyak dosa .. adakah dosa saya akan diterima ? walaupun dosa besar ? saya selalu sedih dengan dosa2 yang pernah saya lakukan & saya menyesal .. bila saya berzikir & mendengar zikir saya selalu jadi sedih ? adakah saya masih beriman ? saya nak sangat solat cukup lima waktu tapi saya selalu tertinggal subuh ? kenapa ? adakah hati saya dah terlalu gelap ?

    • As salam, setiap yg bernama manusia pasti tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Tetapi setiap yg diuji itu adalah mereka yag sangat disayangi Allah yang mana Allah mengiginkan mereka ingat dan kembali bertakwa kepada-Nya.Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka. Nasihat untuk diri saya juga.Semoga sama-sama beroleh hidayah Allah..Isyaallah.

    • man this is tough for me to respond. sbb sye pun same dgn awak. sye nasihatkan awk tgk video nouman ali khan, quran weekly byk2x n other videos about islam utk tmbh pengetahuan . mujahadah itu pahit , inshaallah allah akan ampunkan dosa , benda itu mmg pasti dan disebut dalam quran n hadith. persoalannye bersediakah kite menghadapai segala ketentuan dr Allah slps kite btauabt keraana mungkin slps kite btaubat , kite akan diuji dgn effect dr dosa besar kite tu. apapun doakan yg tbaik , doa selalu istighfar slalu .

      if internet , bolehlah like page YusufEstes kat fb kat situ sye share video2x berkenaan islam. jangan berputus asa dr rahmat allah (quran), dan tuhan xkan ubah nasib sesuatu umat, shingga mreka mengubah apa yg ada dlm hati mereka!! (yes this is the key)

      what I do right now dalam usaha sye bertaubat ialah cucikan hati be positive , n buat byk bede baik tolong rooomate ke etc kutip smpah utk dpt pahala . buat baik xkira sape2x non muslim or not, fuhh ramadhan nak dkt jum jadi extra baik

      nak contact sye kat e-mail ni muhammnur@myvuw.ac.nz

  8. Assalamulaikum.. terima kasih kerana sudi share info tentang solat taubat ini.. Saya ingin bertanya, adakah bacaan ayat suci pada sujud di rakaat kedua itu boleh dibaca selesai sahaja solat atau selesai sahaja memberi salam ? TEerima kasih..

  9. assalamualaikum..saya masih konfius waktu yg sesuai untuk solat sunat tau…waktu bila ye yg sesuai untuk menunaikan solat sunat taubat ini?boleh terangkan secara terperinci…

  10. saya berasa terlalu jauh dari ALLAH…….hati saya mungkin sudah terlalu gelap…..saya pernah mencuba untuk kembali ke jalannya..tapi hanya untuk sementara waktu…saya perlukan bimbingan……….saya sangat2 memerlukan….hati2 saya meronta ingin menjadi wanita yang btul2 taat kepadanya…tapi saya blum bisa mampu………..saya….tercari2 hidayah dan petunjuknya…saya mengemis keredhaannya…….saya tak kuat sendirian…saya perlukan bimbingan….

  11. saya berasa terlalu jauh dari ALLAH…….hati saya mungkin sudah terlalu gelap…..saya pernah mencuba untuk kembali ke jalannya..tapi hanya untuk sementara waktu…saya perlukan bimbingan……….saya sangat2 memerlukan….hati2 saya meronta ingin menjadi wanita yang btul2 taat kepadanya…tapi saya blum bisa mampu………..saya….tercari2 hidayah dan petunjuknya…saya mengemis keredhaannya…….saya tak kuat sendirian…saya perlukan bimbingan….

    • Sbenarnye xde waktu khusus y dittapkan tok melakukan solat taubat sbb ia boleh dilakukan di siang hari ataupun pada waktu malam. .digalakkan dikerjakan pada waktu malam mcm 2/3mlm ataupun waktu sahur.Ini adalah kerana ingin mencari suasana atau keadaan tenang dan lebih sunyi supaya kita lebih kusyuk untuk mengerjakannya. .pada waktu siang terdpat bnyak gangguan. .samada suara dari luar rumah atau kanak2 bermain didalam rumah.Dengan suasana keadaan waktu malam yang sunyi akan menyebabkan kita lebih kusyuk untuk solat dan juga beristigfar selepas selesai solat.Sebaik-baiknya kita merenung kembali segala dosa dan kesilapan kita sehingga menitiskan air mata.

  12. Assalamualaikum….
    terima kasih atas peringatan yang berguna ini…
    insyallah akan dipermudahkan kepada kita untuk melakukannya tanpa berlengah lagi…

  13. salam .saya adalah insan yang paling rugi di dunia. ibu saya meninggal usia 81 tahun. masa dia sakit memang saya mandikan dan pakaikan dia pampers. tapi saat akhir dia meningggal saya tiada disisi. hanya anak saya yg mengajar lafaz terakhir Laillahaiillah…….. saya sgt rasa terkilan dan berdosa. semasa hayatnya pun saya banyak dosa. setiap hari sebelum pergi kerja saya mohon ampun padanya. saya ingin buat sunat taubat. adalah taubat saya diterima?

  14. saya nak exem spm 5.11 ni…..sblm berperang dgn exem nie sye nk wt solat taubat xpi sye x tau mcm mne nk wt solat taubat ni…tme ksh ats petolngan y dberikan..tolong doakan sye dlm mnghadapi exem ini,,,tme kshh

    • Assalammualaikum..

      Akak doakan semoga adik dapat menjawab soalan SPM dengan cemerlang..Insyaallah, Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya yang berusaha dan bertawakal(berserah diri) kepada-Nya.

      Allah berfirman bermaksud: “Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq ayat 3).

  15. salam.. adakah sbb tak pernah melakukan solat taubat di atas dosa2 yg lalu akan menyebabkan berat hati utk menunaikan solat fardhu. minta nasihat. saya tiada tempat utk dirujuk. perlukah saya bertaubat sekarang utk dosa2 dulu walaupun dosa2 dulu tu memang dah buat sekarang.

    • Assalammualaikum w.b.t
      Taubat ertinya kembali merujuk kepada Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Menyerah diri (surrender) pada-Nya dengan hati penuh penyesalan yang sungguh-sungguh. Yakni kesal, sedih, dukacita serta rasa tidak patut di atas dosa-dosa yang dilakukan sehingga menangis mengeluarkan air mata. Hati terasa pecah-pecah bila mengingati dosa-dosa yang dilakukan itu. Merayu moga-moga Allah ambil perhatian. Memohon agar Allah yang Maha Pengampun akan mengampunkannya. Meminta agar Allah memandang dan memberi dengan penuh kasih sayang. Hati yang pecah-pecah itu menjadikan anggota-anggota lahir (mata, telinga, kepala, kaki, tangan, kemaluan) tunduk dan patuh dengan syariat yang Allah telah tetapkan dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatan-perbuatan derhaka itu.

      Sabda Rasulullah SAW: “Orang yang bertaubat daripada dosa sepertilah orang yang tidak berdosa.” (Riwayat At Tabrani)

      Sabdanya yang lain: “Sesungguhnya Allah menyukai seorang mukmin yang terjerumus berbuat dosa tetapi bertaubat.” (Riwayat Ahmad)

      Seterusnya Sabda Baginda lagi: “Sesungguhnya Allah menerima taubat hamba-Nya selama nyawa belum sampai ke tenggorokan.” (Riwayat Ahmad)

      “Semua anak Adam pembuat kesalahan, dan sebaik-baik pembuat kesalahan ialah mereka yang bertaubat.” (Riwayat Addarami)

      “Tiada sesuatu yang lebih disuaki Allah daripada seorang pemuda yang bertaubat.” (Riwayat Ad Dailami)
      Allah juga memberitahu kita dalam firman-Nya: “Maka barangsiapa yang bertaubat, sesudah melakukan kejahatan itu dan membaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Maidah: 39)

      Firman Allah yang bermaksud: “Tidakkah kamu tahu, sesungguhnya Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, diseksa-Nya siapa yang dikehendaki-Nya dan diampuni-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al Maidah: 40)

      Allah berfirman lagi: “Dan barangsiapa yang mengerjakan ke-jahatan dan menganiaya dirinya kemudian dia memohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (An Nisaa’: 110)

      Sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan. Semoga kita sama-sama diberi peluang untuk bertaubat sebelum kita dijemput kembali menemui-Nya..Amin..
      Wassalam.

  16. salam…sy ni bgitu jahil tentang agma..mahon petunjuk dr saudari…..semsa sujut trakhir rakaat ke2 baca la doa nabi yunus sebanyak 40 kli……bca semasa sujut atau slps bngun dr sujut.??/

    • As salam saudari, saya juga bukan seorang yang arif..tetapi mengikut penerangan dalam cara melaksanakan solat tersebut, bacaan doa nabi yunus itu hendaklah dibaca dalam sujud terakhir iaitu sebelum duduk tahiyat akhir.

    • As salam,
      Nabi Muhammad SAW melarang seseorang melakukan solat dalam lima waktu. Tiga waktu disebut dalam sebuah hadis dan dua lagi waktu di dalam hadis yang berlainan. Tiga waktu yang dilarang itu terdapat di dalam hadis daripada Uqbah Amir al-Juhani maksudnya: “Tiga waktu yang Rasulullah SAW melarang kami solat dan mengebumikan jenazah yang meninggal, iaitu ketika matahari muncul hingga ia naik, ketika matahari di tengah-tengah hingga tergelincir dan ketika matahari hampir terbenam.” (Hadis Riwayat Muslim).

      Larangan ketiga-tiga waktu ini adalah khusus bagi solat dan mengebumikan jenazah. Adapun waktu lain yang dilarang diterangkan di dalam hadis Abu Said al-Kudri yang mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : “Tidak ada solat selepas solat Subuh hingga matahari naik, dan tidak ada solat setelah Asar hingga matahari terbenam.” (Hadis Riwayat Bukhari)

  17. Ketika membaca blog saudari menangis saya. Saya sedang mencari ketenangan hati dan hidayah allah. Syukur saya terbaca blog saudari. Tolong doakan saya. Terasa kerdil diri ini..

    • Terima kasih kerana membaca blog saya. Pada pendapat saya, adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya merujuk kertas untuk membaca penghulu istighfar kerana ia dilakukan setelah selesai melaksanakan solat. Apalagi sekiranya kita merujuk kertas untuk menghafal bacaan tersebut.

  18. Alhamdulillah…Allah s.w.t telah perkenankan apa yang saya cari melalui saudari…semoga Allah sahaja membalas budi saudari dunia dan akhirat..

Respons

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s