MARYAM – ibu pEmbAwa RaHmaT

 
Sekian lama perkahwinan Imran dengan isterinya, pasangan itu tidak dikurniakan anak sehingga mencetuskan kebimbangan di hati mereka. Lantas mereka berdoa kepada Allah dan bernazar sekiranya beroleh cahaya mata, anak itu akan diserahkan kepada Rumah Suci, Baitul Maqdis untuk dijadikan seorang rahib. Doa dimakbulkan. Si isteri hamil, malangnya menjelang kelahiran, Imran meninggal dunia. Isteri Imran selamat bersalin tetapi terkejut apabila yang lahir itu anak perempuan. Dia ragu-ragu bolehkah anak perempuannya diserahkan kepada Baitul Maqdis untuk menjadi seorang ahli ibadat? Namun kerana nazar dan yakin anak itu akan selamat dilindungi Allah, puterinya yang bernama Maryam binti Imran diserahkan kepada Baitul Maqdis.

Di Baitul Maqdis, Maryam diasuh oleh bapa saudaranya, Nabi Zakaria. Peluang mengasuh Maryam bukan mudah kerana beliau terpaksa bersaing dengan rahib lain yang juga mahukan hak menjaga Maryam. Ada riwayat menyatakan, mereka bertanding dengan cara melemparkan kayu ke dalam sungai dan kayu siapa yang tidak tenggelam, berhak mendapatkan Maryam.

Maryam dididik dengan sempurna. Tiada siapa yang dibenarkan mendekatinya dan dia ditempatkan di sebuah bilik di atas mihrab Zakaria. Suatu hari, Zakaria terperanjat apabila melihat meja berhampiran mihrab penuh makanan. Beliau hairan, siapakah yang begitu berani mendekati mihrab tanpa kebenarannya. Beliau bertanya Maryam dan wanita itu menjawab, ” Makanan itu datang daripada Allah.” (Surah Maryam: 37)

Saban hari Maryam menyendiri beribadat kepada Allah di bahagian timur Baitul Maqdis. Sehingga suatu hari, Allah mengutuskan Malaikat Jibrail menemui Maryam dalam bentuk seorang manusia. Wanita itu terperanjat melihat tetamu yang tidak diundang lalu spontan mengucapkan, “Sesungguhnya aku berlindung daripadamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah jika kamu seorang yang bertakwa” (Surah Maryam: 18). Jibrail membalas, ” Sesungguhnya aku hanyalah seorang utusan Tuhanmu…” (Surah Maryam:19)

Maryam lega dan Jibrail bertukar rupa kepada bentuk asalnya sambil berkata, “Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak lelaki yang suci.” (Surah Maryam: 19)

Jawab Maryam, ” Bagaimana aku mempunyai anak lelaki sedangkan tidak pernah seorang manusia pun menyentuhku dan aku pula bukan seorang penzina.” (Surah Maryam: 20)

Balas Jibrail, “Demikianlah Tuhanku berfirman, ” Hal itu mudah bagiku.” (Surah Maryam:21)

Lantas Allah meniupkan roh ke dalam rahim Maryam dan wanita itu hamil. Kehamilannya sembilan bulan, sama seperti wanita lain. Walau bagaimanapun hal itu mencetuskan curiga kepada rahib lain. Seorang rahib bertanya, “Wahai Maryam. Bolehkah sebatang pokok tumbuh tanpa melalui biji? Bolehkah tanaman tumbuh subur tanpa benih yang ditabur? Bolehkah pula seorang anak dilahirkan tanpa suami yang mendampingi si isteri?”

Maryam faham maksud pertanyaan itu. Untuk soalan pertama dan kedua, dia menjawab, “Sesungguhnya Allah menciptakan pohon dan tanaman pertama di syurga tanpa perantaraan biji atau benih.” Kepada soalan ketiga, jawabnya, ” Ia kerja mudah bagi Allah, seperti Dia mencipta Adam tanpa ibu bapa.”

Memahami kecurigaan masyarakat dan untuk menjaga kehormatan bapa saudaranya, Maryam membawa diri ke tempat terpencil. Ketika itu dia merasakan saat bersalin semakin hampir. Maryam bersandar di sebatang pohon kurma mengenangkan dirinya yang keseorangan. Keluhnya, “Alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupakan.” (Surah Maryam: 25)

Ketika itulah dia mendengar seruan Jibrail, ” Jangan berdukacita wahai Maryam. Sesungguhnya Tuhanmu menjadikan di bawahnya sebatang sungai dan goyangkan ke arahmu pohon kurma itu supaya gugur buah yang masak.” (Surah Maryam: 24-25)

Dengan kurma dan air sungai itulah, Maryam merawat dirinya sehingga dia selamat melahirkan seorang anak lelaki. Berita Maryam melahirkan anak, menimbulkan kemarahan dan aib di kalangan masyarakat Bani Israel. Mereka keluar mencela Maryam tetapi wanita itu membisu kerana itu yang diperintahkan Allah kepadanya. Dia menunjukkan ke arah anaknya dan ini menambahkan kemarahan Bani Israel.

“Bagaimana kami hendak bercakap dengan bayi yang masih dalam buaian?” bentak mereka. Ketika inilah Allah menurunkan mukjizat. Bayi yang sedang menyusu badan ibunya tiba-tiba menjawab, “Sesungguhnya aku ini hamba Allah. Dia memberikan kepadaku Injil dan Dia menjadikan aku seorang Nabi.” Bayi itulah Nabi Isa al-Masih, utusan Allah. Dan bondanya, Maryam wanita solehah itu terpelihara kesuciannya, salah seorang wanita yang dijanjikan syurga oleh Allah.

 
sumber : cindai

Respons

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s