wAnITa

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.

Alhamdullillah, kerana masih diberi kesempatan menyampaikan sedikit ilmu hari ini. Syukur yang tak terhingga juga kerana dilahirkan ke dunia sebagai seorang wanita oleh seeorang wanita yang bernama ibu. Mulianya seorang wanita sehinggakan dari rahimnya Allah swt menghadirkan umat manusia termasuklah kekasih-kekasih Allah yang membawa risalah demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud; Wahai sekalian wanita,sesungguhnya yang paling baik di antara kalian akan memasuki syurga sebelum orang yang paling baik di antara lelaki. Mereka akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suami di atas keldai-keldai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil, mereka seperti batu permata yang berkilau”.

Bahkan Rasulullah turut bersabda yang bermaksud; ” Sampaikanlah kepada seluruh wanita yang kamu jumpai, bahawasanya: Taat kepada suami dengan penuh kesedaran, maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah s.w.t, tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mahu menjalankannya”.

Beruntungnya sekalian wanita yang diciptakan Allah. Semoga peringatan ini akan mendorong kita mentaati perintah Allah kerana sesungguhnya nikmat yang besar terletak disebalik pengorbanan wanita solehah.

  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali, seorang wanita yang jahat lebih buruk dari  1000 orang lelaki yang jahat.
  • Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang, maka Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat.
  • Seorang wanita yang menyusui anaknya hingga cukup tempoh iaitu 2 setengah tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Burung-burung di udara, ikan-ikan di laut dan malaikat di langit meminta keampunan untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya selama ia sentiasa dalam kerelaan suaminya.
  • Siapa sahaja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya redha akan pemergiaannya, maka ia akan masuk syurga.
  • Bila seorang suami pulang ke rumah dalam keadaan gelisah, dan isterinya menghiburkannya, maka isterinya akan mendapat pahala jihad.
  • Seorang wanita yang mengerjakan dan menjaga solatnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga amanah dan mentaati suaminya, Allah akan memberi izin padanya untuk memasuki syurga melalui pintu mana sahaja yang disukainya.
  • Solat 2 rakaat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  • Bila seorang wanita tidak dapat tidur kerana sakit dan menyusukan anaknya, Allah swt akan mengampuni seluruh dosa-dosanya dan mendapat pahala 12 tahun ibadah.
  • Bila seorang wanita menyapu rumahnya dengan berzikir, maka Allah swt akan memberikan pahala menyapu ka’abah.
  • Bila seorang wanita hamil, sehingga dia melahirkan anaknya, Allah swt akan memberikan pahala sebagaimana ia berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam.
  • Bila seorang anak menangis di malam hari, dan ibunya tidak marah tetapi memujuknya, ia akan mendapatkan pahala satu tahun ibadah.
  • Bila seorang wanita meninggal di antara 40 hari setelah melahirkan anaknya, ia mendapatkan pahala syahid.

Respons

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s