IbU

bismi.gif

Pembaca yang di rahmati Allah,

Alhamdulillah dengan kehidupan hari ini. Tiba-tiba ingatan saya menerpa kepada emak saya yang berada di kampung. Terbayang wajahnya yang gembira setiap kali menyambut kepulangan saya di muka pintu. Mungkin kerana tidak berpeluang pulang ke kampung sekerap mungkin menjadikan setiap detik pertemuan kami amat berharga. Setiap kepulangan saya, seluruh ahli keluarga akan berkumpul untuk melepaskan rindu. Kata emak, saya ni macam gula. Bila saya ada penuh lah rumah emak dikerumuni kaum keluarga kami. Ini jelas membuktikan saya sentiasa dirindui.Terima kasih Ya Allah..

Sesungguhnya ibu adalah seorang insan yang sangat mulia kasih sayangnya. Dari rahimnya kita dilahirkan. Ibu membesarkan anak-anak tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Kasih sayang yang tersemai di hati ibu dapat menghilangkan segala penat lelah dan kedukaan. Kasih sayang ibu jugalah akan sentiasa memadamkan dosa anak-anaknya walaupun hakikatnya dia benar-benar terluka. Tiada seorang ibu pun yang akan sanggup melihat kehancuran anaknya. Walau sejahat manapun anak yang dilahirkan, fitrah seorang ibu ialah kasih sayangnya yang mengatasi segala-gala. Wajarlah sebagai seorang anak kita sentiasa berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Insaflah seandainya kita pernah melukakan hati mereka. Setiap yang bernama manusia tidak akan lekang dari melakukan dosa. Namun Allah sentiasa menerima taubat hambaNya. 

Firman Allah swt yang bermaksud; “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). – (Surah Luqman :14)

Kita boleh berbakti kepada kedua ibu bapa selama mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia. Amalan mulia seorang anak akan memberi kebaikan buat kedua ibu bapanya yang telah tiada. Anak yang solehah adalah harta yang paling berharga buat kedua ibu bapanya. Sesungguhnya seorang ibu itu tiada gantinya.Kasih ibu membewa ke syura.

“ya Allah, kasihanilah kedua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihaniku semenjak aku masih kecil”

Respons

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s