dOsa mEnGumPat

bismi.gif

Alhamdulillah, hari ini saya masih diizinkan illahi untuk menulis beberapa renungan untuk dikongsikan bersama.Hari ini saya terfikir untuk menulis mengenai suatu perkara yang sudah menjadi amalan umat manusia di akhir zaman ini.

Sempurnanya diri kita sehinggakan kita tidak nampak kekurangan diri sendiri. Malahan kita sibuk mencari kekurangan pada orang lain. Kita suka memperkatakan tentang kesilapan orang, mentertawakan kejelekan mereka malah mencari punca kepada kesalahan mereka. Lebih tepat lagi kalau saya terjemahkan sebagai mengumpat.

mengumpat

Oleh kerana ianya sudah menjadi kebiasaan, maka kita lupa bahawa itu merupakan satu dosa. Kita terlepas pandang bahawa amalan yang sangat suka untuk kita lakukan itu ialah amalan yang amat buruk pada pandangan Allah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. (riwayat Abu Daud)

Siapakah kita untuk memperlekehkan tentang kelemahan orang lain? Adakah kita pernah terfikir apakah pandangan orang lain pula terhadap diri kita.? Mengumpat itu bukan sahaja menjatuhkan imej orang yang diumpat malah lebih buruk akan mendedahkan si perlaku untuk diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Bertepatanlah dengan hadis di atas  iaitu Allah s.w.t akan membalasnya dengan mendedahkan keburukan dan keaiban diri kita.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia.

Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya”. Maka Allah menjawab: “Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui”.

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberi kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat kelak.

Pesanan buat saya dan pembaca sekalian, segeralah muhasabah diri kita apakah kita termasuk dalam golongan ini. Mudah-mudahan segala amalan mulia yang kita lakukan di dunia ini akan membantu menempatkan kita di kalangan orang-orang yang dijanjikan syurga oleh Allah. Janganlah kita kaya di dunia tetapi muflis di akhirat nanti.

-“Wahai tuhan kami, berilah kepada kami kebaikan dunia dan akhirat, dan jauhkanlah kami dari azab api neraka”-

2 comments on “dOsa mEnGumPat

Respons

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s