sOLaT suNat dHuhA

 

  • Dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat(dua rakaat setiap satu salam)
  • Waktu : setelah matahari naik kira-kira segalah (kira-kira jam 7.00pg sehingga tengahari)

Lafaz dan niat Solat Dhuha :

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

(sahaja aku solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Taala)

 

Doa selepas sunat dhuha :

 

 

Ertinya :

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh.”

# catatan : Surah yang disarankan ialah Al-Syams  pada rakaat pertama, manakala Al-Dhuha pada rakaat kedua. Tetapi bagi sesiapa yang tidak menghafal surah tersebut bolehlah membaca surah-surah lain. Sesungguhnya islam itu mudah dan amat memudahkan. Apa yang lebih penting ialah solat yang kita lakukan itu adalah ikhlas semata-mata kerana Allah.Insyaallah.

Rasulullah bersabda yang bermaksud;

“Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda;

“Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. maka jika datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah”  – Al-Tabra.

 

 

 

 

  

By khairazahra Posted in Solat

2 comments on “sOLaT suNat dHuhA

Respons

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s