HadiS keLEbihaN Al-QuRan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda; Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya.(Riwayat Muslim)

2. Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda; Di akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang yang membaca serta mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al-Baqarah dan Surah Al-Imran, kedua-dua surah ini menghujahkan (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya.(Riwayat Muslim)

3. Daripada Osman Bin ‘Affan r.a telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda; Sebaik manusia di antara kamu ialah orang yang mempelajari Al-quran dan mengajarnya kepada orang lain.(Riwayat Bukhari)

4. Daripada Aisyah r.a telah berkata : Bersabda Rasulullah S.A.W; Orang yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat 2 pahala.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a telah berkata : Rasulullah S.A.W bersabda; Umpama orang mukmin yang membaca Al-Quran seperti buah Utrujjah (seperti limau besar) baunya wangi dan rasanya sedap.Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al-Quran seperti Raihanah (sejenis pokok)baunya wangi dan rasanya pahit. dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al-Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Daripada Omar Bin Al-Khatab r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda; Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran. (Riwayat Muslim)

7. Daripada Ibnu Omar r.a, Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al-Quran, Ia menunaikan ibadat siang dan malam, Lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Daripada Barra’ dan daripada ‘Azib r.a telah berkata : Seorang lelaki membaca Surah Al-Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W dan menceritakan peristiwa tersebut, maka baginda bersabda; Itulah sakinah (ketenangan) yang turun disebabkan bacaan Al-Quran. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

9. Daripada Ibnu ‘Abbas r.a beliau berkata : Rasulullah S.A.W bersabda; Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al-Quran seperti rumah yang roboh. (Riwayat Tarmizi)

10. Daripada ‘Imran Bin Husain bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca Al-Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda; Barang siapa yang membaca Al-Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al-Quran, maka akan datang beberapa kaum yang membaca Al-Quran dan mereka berdoa dengannya. (Riwayat Tarmizi)

Respons

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s