peLukaN sUami uNtuK iSteRi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah,lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah kerana hari ni masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati segala nikmat di muka bumi Allah.Dapatlah juga saya mengisi blog saya dengan sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama pembaca yang lain.

Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam ceramah motivasinya ada menerangkan bahawa terdapat kajian dari seorang pakar dari Jerman tentang wujudnya hubungan diantara sentuhan dan tahap kesihatan seseorang.Tahukah anda, menurut beliau,seseorang itu boleh panjang umur sekiranya memeluk isterinya setiap hari.Ini kerana pelukan dan sentuhan menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai jenis hormon termasuklah Endorfin yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.

Hormon Endorfin ini ialah sejenis bahan kimia semulajadi yang mampu bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.Selain dari mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan, pelukan dan gurau senda antara suami isteri juga merupakan Sunnah Rasulullah S.A.W. Tidak dinafikan juga bahawa sentuhan itu dapat meningkatkan kasih sayang antara pasangan.Secara tidak langsung ia juga mampu memberi ketenangan dan membawa aura positif pada setiap tindakan yang akan kita lakukan pada sepanjang hari tersebut.

Tambah beliau juga, terdapat kajian di Amerika Syarikat membuktikan bahawa pelukan seorang suami dapat menurunkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan seorang isteri.Kepada si suami,rajin-rajinlah peluk isteri anda. Tidak salah sekiranya kita jadikan amalan ini setiap hari sekurang-kurangnya sebelum keluar bekerja.Insya’Allah mood anda juga akan lebih baik dan anda akan lebih bersemangat untuk melakukan aktiviti harian.Tugas juga mungkin dapat diselesaikan dengan mudah.

Walaupun dikatakan ianya dapat memanjangkan usia seseorang,kita juga tidak boleh lupa bahawa ajal dan maut adalah ketentuan Allah.Tetapi menjaga kesihatan dengan baik adalah tanggungjawab kita dan merupakan amanah Allah. Apa yang lebih penting ialah ikhlas dalam melaksanakan sesuatu perkara.Kerana keikhlasan yang lahir dari hati yang suci akan terpancar pada wajah dan sentiasa mendapatkan keberkatan Allah.Insya’Allah..

*pelukan dan sentuhan ini hanyalah untuk mereka yang sudah dihalalkan Allah hubungannya.Bagi yang diharamkan melakukannya hendaklah dielakkan kerana sudah jelas diharamkan Allah.Maka, adalah mustahil ia mendatangkan kebaikan untuk anda.

Respons

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s