saHaBaT

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah dengan segala nikmat pemberian yang Maha Esa. Terkenang zaman persekolahan yang sudah lama saya tinggalkan. Bahagianya kerana diberi pengalaman mendapat guru-guru dan sahabat-sahabat yang baik sehingga mereka sentiasa terbayang di mata saya setiap kali mengangkat tangan ke hadrat Illahi. Mudah-mudahan saya juga sentiasa di hati mereka. Kini walaupun semuanya sudah mempunyai kehidupan masing-masing dan tinggal berjauhan, kami masih bersahabat.

” Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” ( Hadis Riwayat Al-Hakim)

Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Bertepatanlah dengan Firman Allah yang bermaksud;

” Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan ( dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.”

Hubungan persahabatan adalah suatu yang sangat mulia. Kawan, sahabat, teman atau rakan berperanan besar dalam membentuk personaliti individu. Sahabat yang baik adalah mereka yang sanggup berkongsi kesusahan dan kedukaan bersama kita, tidak kurang juga sahabat yang hanya bersama kita untuk berkongsi kegembiraan semata-mata.

Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri, layakkah kita menjadi sahabat dan mempunyai sahabat? Tidakkah kita terlalu mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan perasaan sahabat kita ? Mungkin kita merasakan bahawa sahabat meminggirkan kita dan tidak menghargai kewujudan kita . Padahal kita yang tidak boleh menerima teguran atau terlalu sensetif tentang apa yang berlaku disekeliling kita . Walhal mereka tidak bermaksud untuk mengguris perasaan sesiapa.

Untuk menjalani persahabatan, kadangkala kita perlu beralah dan tidak mengikut ego kita semata. Kita mahu orang lain menghormati dan menjaga perasaan kita sedangkan pada masa yang sama kita tidak berusaha menghormati dan menjaga perasaan orang lain. Jangan terlalu membawa masalah peribadi kita ke dalam pergaulan seharian sehinggakan kita menjadikan orang lain mangsa masalah itu. Harus bagaimanakah sahabat kita sekiranya setiap kata dan pergaulan mereka tidak berkenan di mata kita? Seolah-olah kita terlalu sempurna untuk mendapat layanan yang tidak ada cacat celanya dari mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;

“Demi Allah yang jiwaku ditangannya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya, dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”   (Riwayat Muslim)

Semua manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sebagai manusia biasa kita memang tidak akan sempurna. Janganlah kita terlalu memikirkan kekurangan diri kita sehinggakan kita merasa diri tidak berguna.Apalah salahnya sekiranya kita belajar untuk menerima setiap yang telah ditentukan Allah untuk kita. Setiap ketentuan Allah itu mengandungi hikmah yang besar disebaliknya. Mungkin ianya sebagai ujian agar kita lebih dekat padaNya. Mungkin juga kerana ia lebih tahu tentang ketidakmampuan kita menguruskannya.Bersyukurlah kepadaNya. Sesungguhnya nikmat Allah itu terlalu besar untuk dipersoalkan.

Eh…tidak sedar agak beremosi juga luahan pendapat saya ye..baiklah pembaca semua, itu hanyalah pendapat saya berdasarkan pengalaman. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. Mungkin kerana terlalu merindui sahabat-sahabat saya yang selama ini berkongsi susah dan senang bersama saya dan mungkin juga kerana memikirkan segelintir insan  yang masih tercari-cari sahabat sejati. Berikut sedikit panduan untuk kita mencari sahabat :

Ciri-ciri sahabat yang baik.

Berpesan seorang bijak pandai kepada anaknya : “wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

* Ya Allah! Lindungilah orang-orang yang aku kasihi dan mereka yang mengasihiku…Amin..

Respons

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s