dOa sEmaSa meNgamBil wuDhu’

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Alhamdulillah, sudah 10 hari berpuasa dan masih dipanjangkan usia.Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan untuk melakukan kebaikan dan berbakti di jalan yang diredhai Allah.Insya’Allah..Hari ni saya nak kongsikan ilmu yang diajar oleh Mak Teh @ Ustazah Zaharah iaitu seorang guru yang sangat saya sayangi..Walau di manapun dia berada, doa saya akan sentiasa untuknya agar dia beroleh kesihatan yang baik dan bahagia dunia dan akhirat…

Masa tahun 1994 dulu Mak Teh ada ajar saya dan rakan-rakan doa yang boleh kami baca semasa mengangkat wudhu’..Alhamdulillah ianya masih saya amalkan..yelah doa tu kan permintaan kita kepada Allah..mudah-mudahan dengan membacanya setiap hari kita akan beroleh apa yang kita hajati…Insya’Allah..

1- ketika berkumur – niatlah “Ya Allah, ampunilah dosa lidah dan mulutku ini”

2- ketika membasuh muka – niatlah ” Ya Allah, putihkanlah mukaku di hari akhirat nanti, janganlah Engkau hitamkan muka ku ini”

3- ketika membasuh tangan kanan – niatlah ” Ya Allah, takdirkanlah tanganku ini untuk menerima buku amalanku pada hari akhirat nanti”

4. ketika membasuh tangan kiri – niatlah ” Ya Allah, jauhilah tangan kiriku ini dari menerima buku amalan pada hari akhirat nanti”

5. ketika menyapu kepala – niatlah ” Ya Allah, jauhilah kepalaku ini dari terik matahari di padang mahsyar nanti”

6. ketika membasuh telinga – niatlah ” Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini dan jauhilah telingaku ini dari mendengar fitnah serta perkara-perkara yang mendatangkan dosa”

7. ketika membasuh kaki kanan – niatlah ” Ya Allah, permudahkanlah kaki ku ini meniti titian siratal mustaqim”

8. ketika membasuh kaki kiri – niatlah ” Ya Allah, jauhilah kaki kiriku ini dari pergi ke tempat maksiat dan jauhilah ia dari tergelincir ketika meniti titian siratal mustaqim”

Kemudian kita sudahi dengan membaca doa selepas wudhu.Nabi S.A.W bersabda;

 “Sesiapa yang mengambil wuduk dengan sempurna kemudian dia berdoa, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj ‘alni minat tawwaabin, waj’alni minal mutatohhiriin, akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana yang dia suka.” (HR Al-Tirmizi)
——————————————————————————————————————————————–

Nu’aim al-Mujmir berkata, “Saya naik bersama Abu Hurairah ke atas masjid. Ia berwudhu lalu berkata, “Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda; “Sesungguhnya pada hari kiamat nanti umatku akan dipanggil dalam keadaan putih cemerlang dari bekas wudhu. Barangsiapa yang mampu untuk memperlebar putihnya, maka kerjakanlah hal itu.”

——————————————————————————————————————————————–

# Semoga ilmu yang sedikit ini dapat di amalkan bersama dan biarlah setiap yang kita lakukan itu ikhlas semata-mata kerana mencari keredhaan Allah.

Respons

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s