DoSa mEninGgaLkAn SoLat

Dengan nama allah Yang Maha Pemurah, lagi maha Mengasihani

Solat umpama tiang agama. Meninggalkan solat samalah seperti kita meruntuhkan agama kita. Sesungguhnya solat itu dapat mencegah kita dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Solat yang sempurna wudhu’nya, ikhlas, sempurna rukunnya dan khusyu’ itulah yang akan mencegah seseorang dari melakukan perbuatan yang boleh mendatangkan dosa kepada dirinya.

Berikut saya sertakan dosa-dosa bagi setiap solat fardhu yang kita tinggalkan. Semoga dengan memahaminya kita tidak lagi akan meninggalkan solat 5 waktu yang sememangnya di WAJIB kan ke atas kita mengerjakannya melainkan orang2 yang telah dibenarkan oleh Allah s.w.t.

SOLAT SUBUH – Solat subuh 2 rakaat. Meninggalkan Solat Subuh dengan sengaja tanpa keuzuran, Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka Jahannam selama 60 tahun akhirat. 1 tahun akhirat bersamaan dengan 60,000 tahun dunia..nauzubillah.

SOLAT ZUHUR – Solat Zuhur 4 rakaat. Meninggalkannya samalah seperti kita membunuh 1000 orang muslim. Janganlah kita sentiasa memperkatakan tentang kekejaman orang membunuh sesama insan pada hari ini kerana sekiranya kita meninggalkan solat zuhur, kita tidak ubah seperti mereka juga…nauzubillah.

SOLAT ASAR – Solat Asar 4 rakaat juga. Sekiranya kita meninggalkan Solat Asar seumpama kita meruntuhkan Kaabah. Kaabah itu ialah kiblat orang islam. Sanggupkah kita meruntuhkannya? fikir-fikirkanlah…

SOLAT MAGHRIB – Solat Maghrib 3 rakaat. Dosa meninggalkannya ialah seperti kita berzina dengan ibu bapa kita sendiri..nauzubillah…

SOLAT ISYAK –  Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” Masya’Allah…banyaknya nikmat Allah yang telah kita kecapi selama ini dan adakah dengan mengecapi nikmat itu, semuanya akan mendatangkan dosa lantaran dari kita meninggalkan solat isyak?…

* Ya Allah..lindungilah kami dari semua bencana ini…dan jadikanlah kami dan anak2 kami orang2 yang taat mengerjakan solat dan segala perintahMu…Amin…

By khairazahra Posted in Solat

One comment on “DoSa mEninGgaLkAn SoLat

Respons

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s