ImBasaN 2011..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Pembaca yang dirahmati Allah,

Bersua lagi dalam lembaran baru 2012. Semoga apa yang kita lalui sepanjang tahun 2011 yang lalu menjadi pengalaman indah dan pedoman untuk kita menjadi lebih baik tahun 2012 ini. Janganlah kita ulangi segala kesilapan lalu sebaliknya sentiasa berusaha memperbaikinya. Sesungguhnya setiap kita yang bernama insan pasti tidak akan lepas dari melakukan kesilapan tetapi sebagai hamba yang telah pun diberi akal dan fikiran, maka kita telah diberikan peluang untuk membuat pilihan. Sekiranya terlalu sukar untuk membuat pilihan itu, kita telah diberikan cara untuk memohon petunjuk dari-Nya seperti melalui Solat Sunat Istikharah. Maka tiada alasan untuk kita menyalahkan takdir dalam melayari kehidupan di dunia ini.

Pembaca yang dirahmati Allah,

Sesuatu yang baik yang Allah takdirkan untuk kita hendaklah sentiasa kita syukuri. Semoga dengan sentiasa bersyukur atas nikmatnya, Allah akan menambah lagi nikmat2 itu. dan ingatlah sesuatu musibah yang Allah timpakan ke atas kita bukan bererti Allah tidak mengasihi kita, tetapi sesungguhnya Allah memberi ujian ke atas setiap hamba-Nya yang sentiasa disayangi-Nya. Kita juga hendaklah bersyukur dengan setiap ujian Allah kerana dengan ujian ini lah kita dapat memuhasabah diri kita dan lebih mendekatkan kita kepada-Nya. Disebalik ujian dan musibah itu sebenarnya terdapat hikmah yang amat besar di sebaliknya.

Semoga 2012 ini saya akan dapat berkongsi lebih banyak ilmu pengetahuan untuk pembaca dan  diri saya juga. Semoga segala usaha saya ini mendapat redha Illahi dan dapat dimanfaatkan bersama oleh pembaca sekalian. Akhir kata dari saya,

Nabi s.a.w  bersabda,

” Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu lalu disembunyikannya, maka orang itu pada hari Kiamat akan dikekang ( diikat seperti mengikat tali kuda ) dengan kekang api neraka.”                                                                                                           – Riwayat Abu Dawud & Attirmidzi

Respons

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s