teRima kaSih Ya Allah..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan menginjak ke usia ini. .bertambah lagi setahun. Terlalu cepat masa berlalu, rasanya masih terbayang-bayang berada dalam pelukan ayah dan ibuku..bahagianya hari ini kerana diraikan dengan ucapan selamat dari mereka-mereka yang sangat aku sayangi dan hargai..Semoga ucapan dan doa dari mereka juga akan sentiasa mengiringi hidup mereka. Terasa diri dihargai dan disayangi. Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat-nikmat yang tak mampu untuk ku hitung…peliharalah nikmat-nikmat ini..janganlah aku diuji dengan sesuatu yang tidak sanggup untuk aku menghadapinya. Janganlah pula aku disiksa dengan apa yang telah engkau berikan padaku.

Aku mengharapkan aku akan sentiasa menjadi lebih baik dari hari-hari yang telah aku lalui. Semoga aku sentiasa mendapat taufik dan hidayah Allah dalam setiap apa yang aku lakukan. Kadangkala aku tahu apa yang aku lakukan itu adalah salah, tapi berilah aku kekuatan Ya allah agar aku mampu menjauhinya. Alhamdulillah, tadi dapat hadiah dari seorang teman. Beberapa buah buku yang mungkin boleh aku jadikan sumber rujukan untuk aku kongsikan dengan pembaca sekalian. mudah2an kami sama-sama beroleh pahala dan kebaikannya. Terima kasih teman..insya’allah semoga buku tersebut dapat membantu meningkatkan ilmu dan kefahamanku dalam mendalami islam.

Pertambahan usia ini ingin kuraikan kerana kesyukuranku pada Allah kerana memberi kesempatan kepada ku untuk memperbaiki kesilapan lalu agar tidak berulang lagi. Dia juga memberi kesempatan untuk aku meningkatkan lagi amal ibadahku..memberi tahu bahawa hari  pembalasan itu pasti akan tiba. Semoga aku diberi kekuatan untuk meningkatkan amalan dan meninggalkan segala larangan-Nya…Amin..Akhir kata, Insya’Allah kita bertemu lagi pada post yg akan datang dengan tajuk2 dari buku hadiah dari temanku…ilal liqa’..

Respons

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s