KeLEbiHaN SeLaWat

Sumber : Indahnya hidup bersyariat ( Modul Fardhu Ain diri, keluarga dan masyarakat )

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Sabda yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud;

” Sesungguhnya bagi mereka yang paling utama pada hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak selawat untukku.”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

” Sesiapa yang membacakan satu selawat kepadaku, nescaya Allah akan berselawat padanya sebanyak sepuluh kali, dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat padanya sepuluh darjat.”

(Riwayat Ahmad, Al-Nasa’i dan Al-Hakim daripada Anas r.a.)

” Sesiapa membaca selawat untukku pada hari Jumaat 200 selawat, diampuni Allah segala dosanya selama 200 tahun.”

(Riwayat Al-Dailami daripada Abu Zar r.a.)

” Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang, maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat.”

( Riwayat al- Tabrani daripada Abi Darda’ r.a. )

” Di mana sahaja kamu berada, berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu sampai kepadaku.”

( Riwayat al- Tabrani daripada Husain b Ali r.a. )

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengamalkan selawat ke atas Nabi SAW kerana dengan berselawat kepada baginda ianya akan memberi syafaat kepada kita di akhirat nanti. Bukan susah pun nak selawat kan? Mula-mula biasakan, lama-lama insya’Allah jadi amalan. Apa?? Bila nak baca??ha…bila-bila pun boleh. Masa memandu ke, berjalan ke, duduk-duduk ke, sebelum tidur ke..dan yang pastinya sebelum kita melakukan sebarang pekerjaan. Mudah2an dipermudahkan kerja kita berkat selawat ke atas Nabi. Betul tak?..Hmmm…Seronoknya baca Riwayat hadis terakhir tu. Terasa diri dekat sangat dengan Rasulullah SAW. Dekat dengan Rasulullah, Insya’Allah dekat dengan Allah..ilal liqa’….

One comment on “KeLEbiHaN SeLaWat

Respons

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s