pErkaRa yG suNat diLakuKan paDa haRi JumaaT

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, hari ni adalah penghulu segala hari iaitu hari Jumaat. Sebenarnya, banyak kebaikan yang boleh kita perolehi berkat hari yang mulia ini. Sebelum saya menulis mengenai perkara-perkara yang sunat dilakukan pada hari ini, ingin saya mengingatkan pembaca sekalian tentang artikel yang saya ‘post’ kan beberapa hari yang lalu iaitu ” sekiranya kita membaca selawat ke atas nabi sebanyak 200 kali pada hari jumaat, nescaya dosa kita diampunkan selama 200 tahun”..So, mari kita sama2 rebut peluang ni..sebab kita hidup kat dunia pun belum tentu sampai 200 tahun kan?..

Dia antara perkara yang sunat kita lakukan pada hari jumaat ialah :

  • Mandi – bagi orang yang hendak pergi menunaikan solat Jumaat. Walaubagaimanapun, bagi yang tidak diwajibkan menunaikan solat jumaat juga boleh meniatkan mandi sunat mandi kerana membersihkan badan daripada segala kekotoran.
  • Memotong kuku dan rambut sekiranya panjang, mencabut bulu ketiak, menggunting misai dan mencukur bulu ari-ari.
  • Memakai bau-bauan yang wangi dan memakai pakaian yang bersih dan indah.
  • Sunat diam semasa khatib membaca khutbah.
  • Sunat membaca Surah Al-Kahfi dan surah Yasin pada siang dan malam jumaat.
  • Memperbanyakkan doa siang dan alam.
  • Bersedekah.
  • Selawat ke atas Nabi SAW.
  • Mendirikan solat sunat Tahiyatul Masjid walaupun imam sedang membaca khutbah.

# Makruh hukumnya melangkah tengkuk atau bahu orang untuk mendapatkan saf hadapan.

Sumber: Indahnya hidup bersyariat/pg 121

 

Respons

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s