jEmU..riyAk..tAkbUr…

 

 

Ini hanyalah sekadar luahan rasa saya apabila sejak akhir-akhir ini terfikir akannya. Manusia itu dikurniai akal dan fikiran untuk berfikir dan membuat pilihan. Akal dan fikiran itu jugalah yang membezakan manusia dengan makluk-makhluk yang lain sehinggakan manusia itu dikatakan sebaik-baik kejadian Allah di muka bumi ini. Sebagai manusia yang dibekalkan dengan nafsu juga, maka seharusnyalah nafsu itu dididik oleh akal fikiran dan iman bagi mengelakkannya menjadi rakus dan tidak terkawal. Kesempurnaan akal dan fikiran menjadikan manusia perlu memikul tangungjawab untuk menjaga segala amanah Allah di muka bumi ini kerana manusia lah yang dikatakan selayak-layak kejadian untuk melaksanakannya.

Firman Allah SWT yang bermaksud ;
“Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan akal fikiran (manusia), semuanya itu akan diminta pertanggungjawaban”
(Q.s Al-Isra:3)

Namun sejauh mana kita sebagai manusia mampu untuk memikulnya? Mungkin bukan pembaca sekalian, tetapi saya sering tertanya kepada diri sendiri mampukah saya menjaga nafsu dan keinginan saya yg kadang kala berada di luar batas kemampuan saya. Saya ingin selalu berada pada landasan yang betul sebagai hamba kepada yang Maha Mencipta . Sentiasa berterima kasih pada-Nya dengan mentaati segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Saya pasti Allah itu Maha Mengetahui apa yang ada di hati saya tetapi sejauh mana kekuatan saya untuk menerimanya. Saya tahu Allah akan selalu ada bersama saya selagi saya tidak menjauhi-Nya. Cuma saya sahaja yang berlu istiqamah dan cekal melaksanakannya.

Firman Allah ;

 “Hai hamba-hambaKu, mengapa kamu jemu beramal sedangkan Aku (Tuhanmu) tidak pernah jemu memberi pahala untukmu.”

Perasaan jemu akan menghantui diri kita apabila kita beramal bukan atas dasar istiqamah. Untuk mengelakkan perasaan demikian, maka hendaklah melakukan setiap amalan atas dasar kehambaan kepada Allah. Setiap amalan yang hendak dilakukan perlulah benar-benar ikhlas dan kerana Allah, untuk Allah semata-mata. Tidak kerana orang lain, kerana terikut-ikut, kerana malu dan sebagainya. Amalan yang dilakukan hendaklah dengan suka rela, bukan kerana dipaksa atau terpaksa. Saya juga mahu ikhlas melakukannya walaupun sekadar yang saya mampu.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : “Sebaik-baik amal ialah amalan yang kekal walaupun sedikit.” 

Itulah yang dikatakan istiqamah. Manakala jemu adalah perkataan paling sesuai untuk dilawankan kepada istiqamah. Tapi jemukah saya dalam beramal dan mentaati perintah Allah?  Saya semahunya untuk tidak  jemu belajar mentaati perintah Allah. Malahan saya dalam usaha untuk mendekatkan diri pada-Nya. Mungkin saya sering alpa. Apa yang saya rasa ialah semakin saya ingin dekat pada-Nya, semakin payah untuk saya melalui-Nya. Saya tidak mahu melakukan sesuatu hanya kerana orang lain atau hanya untuk mendapatkan pujian atau kekaguman. Itu tidak memberikan apa-apa pada saya. Malahan tidak juga menaikkan martabat atau kedudukan saya di sisi Allah. Saya tidak mahu menjadi seorang munafik yang terang-terang sudah disebutkan dalam Al Quran sebagai golongan yang diletakkan dalam neraka yang paling bawah. Inilah peranan nafsu dalam menyesatkan saya. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk melawan nafsu yang menjerumuskan saya pada riya’ dan takbur. Inilah sesuatu yang paling saya takuti. Beramal tetapi hanya untuk riya’ dan takbur…Nauzubillah…jauhilah sifat2 ini dari saya….ya Allah!

by myself

********************************************************************************************************************

Ya Allah, jauhilah saya dari menjadi orang yang munafik. Berilah saya taufik dan hidayah-Mu agar jauh dari golongan itu dan tidak pernah jemu beramal dan mentaati-Mu…Amin..

Respons

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s