(gaMbaR) peNgGaNtuNgan suSpEk pEmbUnuhaN AbraHam LiNcoLN

Sumber : Takusahrisau

Umum mengetahui bahawa John Wilkes Booth bertanggungjawab terhadap pembunuhan Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln. Akan tetapi, Booth tidak berseorangan dalam menjayakan misi konspirasi mereka. Beberapa individu yang lain turut sama berganding bahu dengan Booth semasa pembunuhan Lincoln pada 14 April 1865 adalah Mary Surrat, Lewis Payne, David Herold dan George Atzerodt.

Keempat-empat mempunyai peranan masing-masing. George Atzerodt misalnya, beliau telah diberi tugasan oleh John Wilkes Booth untuk menjalankan misi pembunuhan naib Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Andrew Johnson. Walaubagaimanapun, Atzerodt gagal melaksanakan misi tersebut miskipun hampir saja berkemampuan membunuhnya pada 14 April 1865.

Kegagalan Atzerodt akhirnya membawa kepada penahanannya pada 20 April 1865.

Semasa dalam proses pengggantungan tersebut, keempat-empat tertuduh masing-masing berumur 42 tahun(Mary Surrat), 21 tahun(Lewis Payne), 23 tahun(David Herold) dan 30 tahun(George Atzerodt).

Mary Surrat

David Herold

Lewis Payne

George Atzerodt

Daripada keempat-empat individu tersebut, hanya Mary Surrat sahaja seorang wanita dan yang paling tua berbanding yang lain. Beberapa cerita mengatakan Mary Surrat menjadi tidak keruan semasa proses tersebut hendak dijalankan. Beliau gelisah dan merasakan ketakutan menghadapi tali gantung. Keadaan Mary Surrat menyebabkan beliau terpaksa dipujuk oleh seorang paderi.

Proses penggantungan keempat-empat tertuduh dijalankan tepat pada jam 1.23 petang. Mary Surrat paling mudah untuk meninggal dunia manakala Lewis Powell dan David Herold mengambil masa selama lima minit menggeletar sebelum kaku. George Atzerodt pula sedikit menggeletar dengan perut dan kakinya bergoyang-goyang sebelum kaku. Menurut pemeriksaan doktor selepas penggantungan, hanya tulang leher Atzerodt sahaja tidak patah akibat impak tali gantung yang kemudiannya menyebabkan beliau mengalami sedikit ‘kesakitan’ sebelum menemui ajal.

Mayat keempat-empat tertuduh dibawa turun daripada tali gantung 30 minit kemudian.

Proses penggantungan tersebut berlangsung dengan disaksikan oleh ribuan orang yang terdiri daripada keluarga mangsa, pegawai kerajaan, saksi-saksi rasmi, wartawan dan tentera-tentera.

Di bawah adalah turutan beberapa gambar semasa proses penggantungan keempat-empat tertuduh yang dijalankan pada 7 Julai 1865.

Sebelum penggantungan

Keempat-empat tertuduh baru sahaja sampai di perancah

Mendengar pembacaan waran mati

Selepas penggantungan(dari kiri; Mary Surrat, Lewis Powell, David Herold dan George Atzerodt)

 

By khairazahra Posted in Umum

Respons

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s