hUkum kEnciNg bErdiRi

 

 

 

 

 

 

 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Hari ni saya ingin mengetengahkan persoalan yang sering saya fikirkan dan mungkin juga sudah lama menjadi tanda tanya kepada pembaca yang lain. Beberapa artikel yang saya baca menunjukkan jawapan yang lebih kurang sama untuk persoalan di atas. Berikut adalah ulasan untuk menjawap kemusykilan di atas.

Kisah kencing berdiri boleh menyembuhkan kaki syaitan yang patah hanyalah merupakan dongengan manusia zaman batu.

Dalam Islam kencing berdiri tidak dilarang. Hanya yang lebih utama ialah kencing duduk dan ini termasuk dalam etika/adab Islam.

Dalam sebuah hadisnya Rasulullah saw bersabda:

 Tiga hal termasuk perangai yang kasar: iaitu seorang lelaki yang menyapu wajahnya dari debu tanah sebelum selesai solat, dan meniup debu tanah di tempat wajahnya (tempat untuk bersujud) ketika sedang solat dan apabila membuang air kecil, dia melakukannya sambil berdiri”.

Hadis daripada Buraidah radiallahu ‘anhu, dikeluarkan oleh al-Thabrani dalam Mu’jam al-Ausath ? no: 5998 (Bab Nama-nama yang bermula dengan Muhammad, hadathana Muhammad bin al-Hasan bin Makrum………..) dan isnadnya dinilai sahih oleh penyemak: Mahmud Hasan Ismail. Juga dikeluarkan oleh al-Bazzar dan dinukil oleh al-Haithami dalam Majma al-Zawaaid, jld 2, ms 83, no 2454 dengan lafaz yang sedikit berbeza. Kata al-Haithami: Para perawi al-Bazzar adalah perawi yang sahih.]

Hudzaifah r.a. pernah berkata:  Adalah aku bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, baginda membuang air kecil berhampiran kawasan pembuangan sampah sebuah kabilah sambil berdiri.

[Sebahagian dari hadis yang panjang, dikeluarkan oleh Ibnu Jarud, Muslim, Ibnu Khuzaimah dan lain-lain, lihat Sahih Muslim ?no: 273. (Kitab Taharah, Bab Menyapu di atas kasut)]

Sementara itu ada sebuah athar drpd A’isyah r.a.:

Sesiapa yang menceritakan kepada kalian bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam buang air kecil secara berdiri, maka janganlah kalian membenarkannya. Tidaklah pernah beliau membuang air kecil kecuali secara duduk.

[Hadis dikeluarkan oleh Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan lain-lain, dinilai sahih oleh Nasiruddin Albani dalam Sahih Sunan Tirmizi ?no: 012. (Kitab Taharah, Bab Tentang larangan kecing berdiri).]

Penerangan A’isyah ini tidaklah bertentangan dgn penerangan Hudzaifah. Penafian A‘isyah di atas sebenarnya berdasarkan pengamatan beliau sendiri terhadap kehidupan harian Rasulullah saw di rumah. Perlu diingatkan bahawa A‘isyah tidak selalu ikut bersama Rasulullah apabila beliau bermusafir, dalam misi dakwah atau ekspedisi pembukaan (perang). Beliau hanya ikut serta secara bergilir antara isteri-isteri Rasulullah yang lain. Maka apa yang dinafikan oleh A‘isyah sebenarnya tidak merangkumi tatacara Rasulullah membuang air kecil apabila berada di luar rumah ketika bermusafir.

Oleh itu yang utama adalah membuang air kecil secara duduk. Ini termasuk sunnah kebiasaan Rasulullah dan juga etika Islam. Namun jika keadaan tidak mengizinkan maka dibolehkan kencing berdiri. Ia tidak ada kena mengena dengan membaik pulih kaki syaitan yang patah.

Berdasarkan penerangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa tidaklah menjadi kesalahan sama ada kencing duduk ataupun berdiri. Namun demikian, adalah lebih baik sekiranya kencing dengan cara duduk iaitu lebih elok dan tertib serta dapat mengelakkan pakaian atau anggota badan kita daripada terkena percikan najis yang sekaligus menjauhkan kita daripada menggunakan pakaian yang terkena najis tadi semasa melakukan ibadah seperti solat.

Sumber : halaqah.net

* Semoga Allah sentiasa menunjukkan saya jalan yang benar dan tidak sesekali membiarkan saya walau sesaat pun tanpa taufik dan hidayah-Nya..Amin.

Respons

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s