– MotiVaSi –

Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.

saLam MaaL hiJrah

Abu Hurairah berkata;

Setiap kali datangnya tahun baru membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku, semakin dekatnya ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku, semakin dekatnya hari perhitunganku

– salam Maal Hijrah –

* Ya Allah..make my best day, the day that i meet you

BicaRa hiKmah

” Jangan kamu meninggalkan zikir, ( menyebut @ mengingat Allah ) disebabkan tidak hadir hatimu terhadap Allah dalam zikir itu, ini kerana kelalaian kamu terhadap Allah ketika tidak berzikir itu lebih berat @ bahaya daripada kelalaianmu terhadap Allah ketika kamu berzikir. Mudah-mudahan Allah S.W.T. akan mengangkat darjatmu daripada zikir yang ada kelalaian, kepada zikir yang hatimu sentiasa sedar. Dan seterusnya kepada zikir yang beserta kehadiran Allah dalam hati, dan akhirnya kepada zikir yang lenyap segala yang lain selain Allah. Dan itu semua tidaklah sukar bagi Allah. “

PeSanaN ShEikH aHmaD yassiN (1938-2004)

KEPADA PEMUDA DAN PEMUDI

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah.

Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw. Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat. Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul.

Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan.

Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar. Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

 

Source : facebook/jkkk fan club

:: dOa ::

” Jika Allah SWT MEMAKBULKAN doamu, Maka Allah meneguhkan kepercayaanmu kepada-Nya “,

” Jika Allah SWT MENANGGUHKAN doamu, maka Allah menguji kesabaranmu “,

” Jika Allah SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu “.

 

4 LeBih baiK..

Seorang ahli hikmah berkata;

” Ada 4  dipandang baik tapi 4 lagi dipandang lebih baik; sifat malu dari lelaki adalah baik tetapi dari perempuan lebih baik, keadilan dari setiap orang adalah baik tetapi dari pemimpin lebih baik, taubat dari orang tua adalah baik tetapi dari orang muda adalah lebih baik, kedermawan dari orang kaya adalah baik tetapi dari orang fakir lebih baik.”

by Diari Siswa islam’93

biNgKiSan…

Yahya bin Muadz Ar- Razi menyairkan;

” Malam itu panjang, janganlah kamu pendekkan dengan (banyak) tidur, siang itu terang, janganlah kamu gelapkan dengan dosa.”

 

3 pErkaRa yG tiDaK pERLu kiTa fiKiRkaN..

1- Jangan kamu fikirkan tentang kemiskinan kerana akan menyebabkan kamu risau dan menambahkan kerakusan.

2- Jangan kamu fikirkan tentang kezaliman orang lain terhadap dirimu kerana akan menambahkan kekerasan hatimu dan kedengkianmu serta akan berlanjutan kemarahanmu.

3- Jangan kamu berfikir untuk kekal di dunia kerana akan menggalakkan kamu menghimpunkan harta dunia dan menunda amal ibadatmu serta melalaikan Akhirat.

kEgaGahaN seOraNg waNiTa

KeGAGAHan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan PERASAAN…WANITA yang GAGAH, adalah:-

1) WANITA yang TAHAN menerima sebuah KEHILANGAN
2) WANITA yang TIDAK TAKUT pada KEMISKINAN
3) WANITA yang TABAH menanggung keRINDUan setelah ditinggalkan
4) WANITA yang TIDAK MEMINTA-MINTA agar di penuhi segala KEINGINAN.

KeGAGAHan seorang WANITA berdiri di atas TEGUHnya KEKUATAN IMAN…

“Seluruh keGAGAHan yang ada pada SITI KHADIJAH r.a adalah keGAGAHan SEMPURNA bagi seorang WANITA..”…-)

 

saMpaiKan…

Dari Nawwas bin Sam’an Al-Anshari r.a katanya; ” aku pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda Nabi s.a.w. ;

” kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan perbuatanmu itu akan diketahui orang lain.”       (Sahih Muslim)