INILAH SAYA….

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang

Saya berasal dari selatan tanah air..berbangga kerana dilahirkan dan dibesarkan oleh seorang ibu yang bersemangat kental dan sentiasa sanggup berkorban demi orang-orang yang disayanginya setelah kembalinya ayah yang tercinta ke pangkuan Ilahi…Alhamdulillah bersyukur dengan diri ini,walaupun tidak punya jawatan tinggi tetapi berkat susah payah ibu bapa saya menghantar saya belajar ilmu akhirat sedari usia 6 tahun..sekurang-kurang nya saya tahu membezakan antara yang hak dan yang batil…Saya mengharapkan agar saya sentiasa diberi petunjuk dalam menghadapi hidup yang penuh cabaran ini dalam perjalanan menuju akhirat yang abadi…

Saya seorang isteri kepada suami yang sangat dicintai. Saya mengharapkan kebahagiaan bersamanya di dunia  dan di akhirat nanti. Saya sedang berusaha menyusuri jalan membina kekuatan iman agar beroleh kesejahteraan dan menjadi isteri yg akan menjadi permata hatinya…insya’allah…berkatilah saya Ya Allah!..

Saya juga seorang ibu kepada putera dan puteri yang sentiasa berusaha mendidik  mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah…Semoga Allah membantu dan memberkati niat suci saya. Saya sering berdoa agar menjadi ibu yang baik dan sentiasa di hati mereka… Ya Allah, jadikanlah anak-anakku orang yang beriman dan bertaqwa kepada-Mu, jadikanlah mereka orang yang taat mengerjakan solat dan jadikanlah mereka orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara…Amin…

Tujuan blog ini adalah untuk mengumpulkan sebanyak mungkin ilmu yang saya perolehi samada melalui pembacaan saya, pengetahuan saya atau pun daripada beberapa blog yang saya rasa tulisannya menarik untuk tatapan pembaca sekalian. Saya rasa perkongsian ilmu yang bertujuan berdakwah adalah tidak salah sekiranya saya kutip dari blog2 lain. Selain ianya untuk simpanan dan rujukan saya, ilmu tersebut juga dapat saya sebarkan. Mungkin saya tidak baik dalam penulisan, tetapi niat saya adalah untuk menyampaikan dakwah dalam mencari keredhaan Allah. Sekiranya ada pihak yang merasakan saya bersalah kerana mengambil karya orang lain, saya memohon berbanyak maaf tetapi untuk pengetahuan pembaca, setiap artikel yang saya ambil dari blog lain akan saya sertakan link blog tersebut di bahagian bawah atau atas artikel berkenaan. Semoga penulis blog lain juga dapat menulis artikel dengan penuh keikhlasan untuk berdakwah dan menyampaikan. Sebaliknya tidak dengan niat untuk memahsyurkan blog mereka sahaja semata-mata. Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah SWT, manakala yang buruk itu adalah dari kekhilafan saya sendiri. Semoga Allah memberkati niat suci saya dan pemilik blog-blog ilmu yang lain…Amin..

Wassalam.

9 comments on “INILAH SAYA….

  1. Salam ukhwah fillah mujahidah solehah..
    teruskan usaha ukhti utk sebarkan ilmu..
    trima qaseh atas segala perkongsian ilmu.. ^_^

  2. salam..bolehkah saya mahu pm penulis blog ini..saya rasa bersyukur dan berterima kasih atas pelbagai maklumat yang dikongsikan..saya ingin bertanya serta meminta nasihat..tapi saya tidak boleh bertanya secara terbuka…boleh bagi email atau wadah lain untuk saya berhubung berkenaan permasalahan yang saya sedang alami..

  3. Syukur Alhamdulillah ‘dipertemukan’ dengan blog ukhti.
    Ia sangat memberi info dan memberi perangsang untuk diri saya.
    Mohon ampun dan maaf sekiranya dapatlah saya share informative info dalam ruangan saya juga..
    Semoga Allah akan sentiasa memberikan kemudahan untuk ukhti terus berblog dan berkongsi idea serta berkongsi motivasi dgn segala blog yang ditulis.
    Akhirnya, ucapan ribuan terima kasih atas perkongsian ini..

  4. assalamualaikum..
    saya tertarik dengan tulisan dan kata2 yang ada dalam blog ukhti..
    minta izin untuk saya ambil kata2 itu sebagai motivasi diri ye..

Respons