apaBiLa mEneRima pUJiaN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Indahnya menerima pujian. Apalagi kalau pujian itu datangnya dari orang yang kita sayangi. Walau bagaimanapun, sebagai hamba Allah yang memiliki segala nikmat daripada-Nya, maka seharusnyalah pujian itu kita kembalikan kepada-Nya  yang Maha Mencipta. Selain dari mengucapkan ‘ Alhamdulillah’ iaitu segala puji bagi Allah, terdapat lagi doa lain yang boleh kita ucapkan apabila mendapat pujian sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah dalam sabda-sabdanya.

Nabi s.a.w bersabda;

‘Apabila engkau disanjung orang di hadapanmu, maka bacalah kalimat ini; ” Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik daripada apa yang mereka katakan, ampunilah dosaku apa yang tidak mereka ketahui dan janganlah aku diseksa tentang apa-apa yang telah mereka ucapkan”.

sumber: Diari siswa islam’93

* semoga sahaja kita tidak menjadi orang yang lalai apabila mendapat pujian. Sebaliknya sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita. Insyaallah, Allah suka kepada hamba-Nya yang sentiasa bersyukur.

Respons