6 siksaan semasa hidup di dunia
# Umurnya tidak berkat # Akan dihapuskan tanda-tanda orang soleh daripada mukanya # Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya # Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah # Dia dibenci oleh segala makhluk di dunia # Tidak ada baginya bahagian daripada doa untuk orang-orang soleh 3 Seksaan ketika hendak mati # Mati dalam kehinaan # Mati dalam keadaan yang sangat lapar # Mati dalam keadaan dahaga yang amat, sehingga jika dituangkan ke tekaknya semua air laut di dunia ini, dia tetap berasa dahaga. 3 seksaan dalam kubur # Kuburnya disempitkan # Dinyalakan api, yang mana dia akan membalikkan dirinya dalam bara api itu # Allah mengarahkan ular yang besar, dinamakan ” Shajkul Akrak” utnuk menyeksa si mati. Ular itu akan berkata ” sesungguhnya aku telah disuruh oleh tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga Zuhur, sebab engkau sia-siakan waktu zuhur; dipukul pula hingga Asar, sebab engkau sia-siakan waktu Asar..”Begitulah seterusnya setiap hari, siang dan malam, sehingga hari kiamat. 3 seksaan di hari kiamat # Allah memerintahkan malaikat Azab menghela orang yang tidak solat itu ke dalam neraka. # Allah menilik pada orang yang tidak solat itu dengan tilikan yang murka # Allah akan mengira orang yang tidak solat itu dengan kiraan yang paling berat dan terus disunat ke dalam neraka, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, ” apa yang membawa kamu ke neraka?” Meraka menjawab ” Kami tidak bersolat.” sumber : Ensiklopedia solat