PerSoaLaN.???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Lima persoalan akan ditanya oleh Allah S.W.T di Akhirat, iaitu :

1. Usiamu – dimana kamu perhabiskan??

2. Masa muda remajamu – di manakah kamu pergunakan??

3. Hartamu – dari sumber manakah kamu perolehi??

4. Hartamu – di manakah kamu telah belanjakan??

5. Ilmumu – Adakah kamu amalkan??

sumber : Planner Islamiah 2013

By khairazahra Posted in Umum

Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012

   

Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah?

Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.

By khairazahra Posted in Umum

kErdiLnya Kita!

 

Pertama, bandingkan saiz bumi dengan planet-planet lain.

Hurm..not bad besar juga kan..?

Ok, kini bandingkan pula bumi dengan Uranus dan Neptune:

Sekarang, bandingkan bumi dengan matahari..!

Bukankah bumi ibarat satu titik berbanding matahari?

Fikirkan..

Kita di mana??

Sedangkan dengan matahari pun sebegitu kecil, apalagi dengan Pencipta Matahari…

Baik, sekarang, bandingkan pula matahari dengan bintang-bintang lain..

Kemudian dengan bintang lain pula.

Waaaaaah….di mana matahari??

Tak kelihatan pun!

Antares is the 15th brightest planet in the sky. The distance is more then 1000 light year from the earth.

Aduh. Memang kerdil. Kerdil sekali.

Subhanallah!!

Tapi, sekerdil-kerdil kita, kita tetap diangkat sebagai khalifah. Betapa tinggi darjat manusia di sisi-Nya kan?

Alhamdulillah..

by : adila

By khairazahra Posted in Umum

kEGaNasaN kE ataS RoHingya

 Sumber : Akademi Tarbiyah DPPM

“Dalam kemeriahan kita menyambut Hari Raya dan bergembira bersama sanak-saudara, jangan kita lupa dengan saudara-saudara seagama di tempat lain yang tidak dapat merayakan hari raya seperti mana kita merayakannya.”

Ya, cliche. Tetapi itulah hakikatnya. Ketika kita sedang sibuk memilih kuih raya mana yang mahu disumbat ke dalam esofagus, kawan-kawan kita di Palestin sedang memilih batu kerikil mana yang mahu dilontarkan kepada tentera rejim zionis Israel hari ini. Ketika kita sedang sibuk menggayakan baju raya baru kita yang berkilauan warnanya, sahabat-sahabat kita di Syria tiada baju untuk dipakai dek dibakar oleh tentera-tentera rejim Bashar al-Assad. Dan ketika kita riang gembira menyembelih ayam, kambing dan lembu untuk dijadikan juadah raya, saudara-saudara Rohingya kita disembelih untuk dijadikan ‘juadah raya’ oleh pelampau Buddha Rakhine.

Ketika isu ini sedang panas dan hangat dibicarakan, kitalah yang paling lantang sekali bersuara. Ketika krisis ini rancak didedahkan, kitalah yang paling rajin sekali meng-update twitter dan status-status di facebook. Ketika semua orang bising dan menuntut agar tindakan yang segera diambil, kita juga turut terjun ke dalam gerabak keretapi yang sama. Nah, sekarang ke mana semua itu?

Itulah masalahnya umat Islam hari ini yang melihat sesuatu perkara berdasarkan ‘issues-oriented’, iaitu perjuangan yang berdasarkan isu dan bukannya perjuangan agung membela ummah dan agama. Oleh itu, marilah kita kembali melihat nasib umat Islam Rohingya yang diperlakukan dengan begitu jijik sekali oleh etnik Rakhine yang rata-ratanya beragama Buddha. Semoga perkongsian ini akan menjadi pencetus untuk kita lebih cakna dengan isu ummah di masa-masa hadapan dan tidaklah berbasa-basi dan acuh tak acuh sahaja. Semoga selepas ini kita lebih konsisten dan persisten dalam memperjuangkan nasib saudara-saudara seaqidah kita.

Latar Belakang Tragedi

Secara ringkasnya, etnik Rohingya sudah lama teraniaya dan hidup dalam penderitaan. Cuma tahun ini, telah berlaku suatu krisis yang membawa kesengsaraan mereka ini ke pentas dunia di zaman yang penuh dengan kemajuan maklumat dan teknologi. Sebenarnya tragedi kemanusiaan yang dialami oleh umat Islam Rohingya berlaku sejak 1938 lagi apabila dilaporkan seramai 30,000 orang Muslim telah dibunuh pada 26 Julai 1938. Tragedi yang sama juga berulang pada tahun 1942, 1968 dan 1992.

Manakala tragedi yang bermula pada awal Jun tahun 2012 ini tercetus apabila seorang wanita etnik Rakhine dirogol dan dibunuh, dan perbuatan itu didakwa dilakukan oleh beberapa lelaki daripada etnik Rohingya. Sebagai tindak balas dendam, puak Rakhine ini telah mengepung dan menyerang sebuah bas dan membelasah lantas membunuh sepuluh orang lelaki Rohingya, kerana menyangkakan mereka yang bertanggungjawab membunuh dan merogol wanita etnik Rakhine itu. Inilah taktik lazim penjahat mahu mencipta isu, iaitu isu untuk menghalalkan perbuatan haram mereka. Sama seperti Amerika yang membedil Afghanistan, kerana mendakwa Osama ben Laden berada di negara tersebut.

Selepas kejadian itu, segala kekejaman puak Rakhine bermaharajalela. Krisis ini menjadi semakin parah dan berlarutan apabila ia bertukar menjadi lebih ganas dan brutal dengan pembunuhan etnik Rohingya secara berkumpulan oleh puak Rakhine. Etnik Rakhine mengambil kesempatan ini untuk melunaskan dendam mereka terhadap bangsa Rohingya ini yang telah disimpan sejak sekian lama. Lebih memburukkan keadaan adalah apabila diberitakan bagaimana pihak tentera dan polis yang rata-ratanya juga beragama Buddha turut bekerjasama dalam pembersihan etnik Rohingya ini.

Laporan daripada Amnesty International menyatakan bahawa kemungkinan ribuan umat Islam Rohingya telah disembelih oleh puak pelampau Rakhine. Pelarian Rohingya ke Bangladesh mendakwa bagaimana pihak polis, tentera dan etnik Rakhine menembak penduduk kampung dengan begitu bersahaja tanpa rasa bersalah. Tambah menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai di antara mereka yang ditindas, dirogol dan sebagainya. Bukan itu sahaja, malahan masyarakat Islam di sana turut dinafikan hak dari segi perubatan samada di hospital mahupun di klinik-klinik dan mereka dipaksa membayar dengan harga yang terlampau tinggi untuk setiap kos rawatan yang ingin mereka dapatkan.

Ada Apa Dengan Rohingya?

Menurut sejarah, etnik Rohingya sudah lama menetap di Burma (nama lama bagi Myanmar) yang berjiran dengan tanah Bengal ketika itu (Bangladesh belum lagi tertubuh). Mereka ini sudah lama menetap di Arakan, sehinggalah penaklukan oleh orang-orang Burma yang menyebabkan mereka terpaksa melarikan diri ke Chittagong, daerah di bawah kekuasaan British yang berjiran dengan Arakan. Arakan adalah wilayah yang sedang bergolak sekarang ini. Dan secara mudahnya, etnik Rohingya merujuk kepada golongan Muslim yang pernah menetap di Arakan, dan kemudian berhijrah ke Chittagong sebelum kembali semula ke Arakan.

Semasa penjajahan British di India, pihak British telah menggalakkan orang-orang Bengal, terutamanya dari Chittagong untuk berhijrah ke Arakan untuk menguruskan dan bercucuk-tanam di sana. Disebabkan British memerlukan tenaga buruh murah untuk menguruskan tanaman padi di Burma, kemasukan imigran dari Bengal ke Burma meningkat dengan mendadaknya. Untuk rekod, penghijrahan yang berlaku ini melibatkan seluruh wilayah di Burma dan tidak hanya terhad di Arakan sahaja. Akibat penghijrahan secara berjemaah ini, orang Bengal menguasai ekonomi dan sosio-politik di Burma. Hal ini telah menyemai rasa inferior dan rasisme di kalangan penduduk peribumi Burma.

Kebencian orang Burma terhadap orang-orang Rohingya bertambah parah ketika penaklukan Jepun di Asia. Orang-orang Rohingya majoritinya menyokong pakatan yang antara lainnya terdiri daripada pihak British, manakala etnik Rakhine menyokong penuh penjajahan Jepun ke atas Burma. Akibat daripada perbezaan ideologi ini, ribuan etnik Rohingya dibunuh dengan kejamnya oleh kedua-dua pihak Rakhine dan tentera Jepun. Ramai orang-orang Rohingya melarikan diri ke Chittagong.

Semasa pemerintahan junta tentera pula, nasib orang-orang Rohingya bertambah buruk. Di bawah pemerintahan kuku besi Jeneral Ne-Win, operasi tentera dilakukan berskala besar dan bersistematik terhadap golongan minoriti di Burma. Antara operasi yang paling ganas adalah Operasi Raja Naga. Untuk rekod, bukan orang-orang Rohingya di Burma sahaja yang menjadi mangsa diskriminasi ini, tetapi golongan minoriti yang lain juga seperti orang Kokang dan Cina Muslim.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, etnik Rohingya adalah salah puak atau bangsa minoriti yang teraniaya sekali di dunia ini. Mereka tidak punya negara atau pemerintahan sendiri. Tiada negara yang mahukan mereka. Malah di Myanmar sendiri, mereka perlu meminta izin setiap kali mahu berkahwin atau keluar daripada kampung halaman mereka! Kehidupan mereka sehari-hari amat sinonim dengan kedhaifan, penderitaan dan kesengsaraan.

Isu yang dihadapi oleh masyarakat Rohingya lebih kepada proses penghapusan etnik oleh Rakhine, sama seperti mana di Bosnia dan Chechnya satu ketika dulu.

Dunia Yang Bisu, Tuli Dan Buta

Seperti yang boleh diduga, apabila sesuatu tragedi atau krisis yang melibatkan umat Islam, pastilah reaksi yang diberikan masyarakat antarabangsa lembab dan berkelajuan kura-kura Pulau Galapagos lagaknya. Yang lebih menyedihkan, reaksi dan tindak-balas daripada masyarakat Islam di seluruh dunia juga di tahap itik pulang petang. Lazimnya pemimpin Islam di setiap negara akan mengeluarkan kecaman itu dan ini, amaran itu dan ini. Ada juga beberapa pemimpin Islam yang lantang mengeluarkan kenyataan keras mengecam tindakan kerajaan Myanmar di bawah pimpinan Jeneral Thein Sein yang seakan-akannya redha dengan tindakan ganas etnik Rakhine terhadap umat Islam Rohingya.

Tambah memalukan Bangladesh selaku jiran yang terdekat menolak dengan tegas pelarian Rohingya yang mahu menyelamatkan diri mereka dan berlindung di negara mereka. Malah, mereka tidak mengaku yang etnik Rohingya ini ada apa-apa pertalian dengan mereka. Sheikh Hasina, Perdana Menteri Bangladesh ketika diwawancara oleh Al-Jazeera berkaitan isu pelarian Rohingya ini dengan bersahaja menyatakan bahawa membantu atau menyelesaikan krisis pelarian Rohingya bukan tanggungjawabnya. Sedangkan sehingga kini, Bangladesh sudah pun menampung lebih 300,000 pelarian Rohingya sedia ada.

Sudah, apa alasan yang mahu kita berikan nanti kepada Tuhan ketika menghadap-Nya di mahkamah agung Mahsyar nanti?

Entah mengapa, seolah-olahnya seluruh rakyat Myanmar yang beragama Buddha merestui upacara pembersihan etnik ini. Hal ini adalah antara kesan dendam kesumat puak Rakhine terhadap Rohingya sejak sekian lama, rentetan dasar dan polisi pihak British yang melebihkan kaum pendatang. Juga pendekatan yang diambil oleh pihak junta tentera yang menjadikan Buddha dan perkauman sebagai senjata untuk mereka terus berkuasa.

Kenyataan Jeneral Then Sein dalam menjelaskan pendirian kerajaan Myanmar terhadap isu Rohingya ini sedikit sebanyak merumuskan persepsi masyarakat awam di Myanmar terhadap umat Islam Rohingya. Ujarnya, “Kita mahu menghantar semua orang Rohingya ke mana-mana negara yang sudi mengambil mereka.”

Lebih mengejutkan dan menyedihkan adalah bagaimana Aung San Suu Kyii, yang selama ini dilihat sebagai jaguh demokrasi dan pencinta keamanan turut diam membisu dalam isu ini. Beliau yang pernah memenangi Anugerah Nobel Keamanan, apabila diasak tentang isu Rohingya dan ditanya apakah wajar mereka ini diberi taraf kerakyatan, hanya mampu untuk menyatakan, “Saya tidak bertanggungjawab.”

Pilihanraya tahun 2015 dilihat sebagai punca utama kepada kebisuan, kebutaan dan ketulian ini. Parti yang dianggotai oleh Suu Kyii amat bergantung kepada sokongan orang-orang Buddha untuk memenangi pada pilihanraya kali ini. Kemudian di sebalik kelam-kelibut wilayah Arakan yang sedang bergolak dan reaksi dunia Islam yang amat mengaibkan, tiba-tiba muncul Turki sebagai wira membela umat Islam Rohingya. Turki secara konsisten dan keras sekali mengecam kerajaan Myanmar atas layanan buruk mereka terhadap umat Islam Rohingya.

Terbaru, isteri kepada Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan, Emine Erdoğan, bersama-sama dengan Menteri Luar Turki, Ahmet Davutoğlu, telah mengadakan lawatan kemanusiaan ke Myanmar, bersama-sama dengan bantuan kemanusiaan dan kebajikan untuk umat Islam Rohingya. Walaupun dari segi geografinya, kedudukan Turki di Eropah seolah-olahnya tiada kena-mengena dengan umat Islam di Myanmar, hal ini jelas telah membuktikan betapa persaudaraan sesama Islam itu merentasi sempadan dan negara.

Tindakan kerajaan Turki ini dilihat amat bijak, signifikan dan menyebelahi kerajaan pimpinan Erdogan, bukan sahaja di mata umat Islam malah di mata dunia. Semenjak misi Flotilla ke Gaza dua tahun lepas, Turki sudah mula menunjukkan taringnya di pentas politik antarabangsa. Turki kini tidak lagi dilihat sebagai sebuah negara lemah yang terkinja-kinja mahu menjadi ahli Kesatuan Eropah. Tetapi kini ia dilihat sebagai sebuah negara yang berotot tegap dan boleh diharap dalam membela nasib umat Islam. Dunia kini sedang memerhatikan Turki dengan begitu berhati-hati sekali.

Ya, negara-negara lain seperti Arab Saudi, Indonesia malah Malaysia sendiri telah menyatakan pendirian tegas mereka terhadap isu Rohingya ini. Pelbagai jenis tabung kemanusiaan juga dilancarkan oleh pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan kebajikan. Namun tiada satu pon yang dapat menandingi aura dan kesan jangka panjang seperti yang telah dilakukan oleh Turki. Syabas Turki!

Saya kongsikan di sini beberapa tindakan yang boleh kita ambil Insya-Allah. Semuanya saya kira praktikal dan berada di dalam ruang lingkup kemampuan kita.

  • Pastikan anda sentiasa update dengan isu-isu dan perkembangan terkini. Luaskan pembacaan dan sumber rujukan anda, bukan sekadar maklumat yang dapat dibaca dari sumber tempatan. Lakukan sedikit anjakan paradigma. Lakukan carian di internet untuk mengetahui perkembangan yang terkini. Antara laman sesawang yang menyediakan hapdet terkini tentang nasib umat Islam Rohingya adalah http://www.rohingya.org. Percayalah, masih ramai sahabat-handai, pakcik-makcik kita di luar sana yang tidak tahu-menahu tentang nasib umat Islam Rohingya ini. Tetapi pastikan maklumat yang bakal anda kongsikan dan sebarkan adalah maklumat yang boleh dipercayai dan disokong oleh fakta dan realiti. Jangan semborono tekan butang ‘Like’ dan ‘Share’ di laman Facebook anda tanpa mengesahkan dulu fakta dan berita yang dipaparkan. Kerana ada di antara maklumat bersifat prejudis, meruntuhkan bukan membina.
  • Sumbangan ikhlas untuk umat Islam Rohingya. Pasti sudah banyak tabung-tabung khas dilancarkan untuk tujuan ini. Tetapi, di pihak anda, pastikan anda lakukan sedikit kajian tentang badan-badan kebajikan yang ingin anda salurkan sumbangan itu. Pastikan mereka adalah badan yang terpercaya dan berkredibiliti. Anda tidak mahu sumbangan anda itu digunakan untuk tujuan atau kepentingan yang lain.
  • Ramai orang Islam etnik Rohingya yang sudah menetap dan bekerja di Malaysia. Sekiranya anda berpeluang berjumpa dengan mereka, santunilah mereka. Berborak mesra dengan mereka dan tunjukkan kepada mereka, sebagai saudara seaqidah sedarah agama dengan mereka ini, anda sebenarnya cakna dan peduli dengan nasib umat Islam Rohingya di Myanmar yang sedang menderita. Mungkin anda boleh juga menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka dengan cara ini, untuk disampaikan kepada keluarga mereka di Myanmar, itupun sekiranya ada asas untuk anda benar-benar percaya kepada mereka ini.
  • Sertai protes atau demonstrasi aman yang ada bagi membantah polisi kerajaan Myanmar pimpinan Jeneral Then Sein.
  • Berdoa. Jangan sombong dan malas untuk titipkan doa bukan sahaja untuk umat Islam Rohingya, tetapi juga saudara-saudara kita di Palestin, Syria, Somalia, Sudan, Afghanistan, Chechnya, Kashmir, Libya, Bahrain dan seluruh dunia. Doa adalah senjata orang-orang Mukmin. Yakinlah padaNya, Insya-Allah suatu hari nanti pasti nasib umat Islam seantero dunia akan terbela juga.
  • Dakwah dan tarbiyah. Tiada cara lain untuk mengembalikan kegemilangan Islam kepada tempatnya yang hak, melainkan dengan kita sendiri bersungguh-sungguh mahu menyebarkan kebenaran dan mahu menegakkan keadilan di muka bumi ini. Hanya dengan tarbiyah sahaja kita dapat menyedarkan dan mendidik masyarakat tentang peri pentingnya pemerintahan Islam yang selayaknya.
  • Jangan sesekali tinggalkan Usrah, kerana di dalam Usrah-lah individu-individu Muslim yang akan mengembalikan semula Ustaziyatul Alam dibentuk. Hanya apabila Islam sudah tertegak di muka bumi ini penderitaan umat Islam akan berakhir!

Saya kira tujuh langkah ini sudah cukup untuk cuba kita praktikkan, bagi menunjukkan solidariti kita terhadap umat Islam Rohingya. Bukan sahaja untuk mereka, tetapi juga untuk kita umat Islam seluruh dunia. Sekurang-kurangnya kita punya hujah dan alasan di Mahsyar nanti, apabila ditanya apa yang telah kita lakukan demi meringankan penderitaan dan kesengsaraan saudara-saudara kita yang tidak bernasib baik seperti kita ini.

By khairazahra Posted in Umum

baHaya kEtaGih maiN viDeO

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Topik yang saya nak kongsikan hari ini ialah tentang permainan di alam maya @ lebih mudah difahami sebagai permainan video. Saya tertarik membincangkan isu ini sebaik sahaja terbaca tentangnya di sebuah akhbar tempatan. Lagi pula sudah lama  saya menyimpan keinginan untuk membicarakan tentangnya.

Allah telah berfirman kepada RasulNya SAW:
“Ingatlah Tuhan di dalam hatimu dalam keadaan rendah hati dan takut, dan bukan dengan suara keras di waktu pagi dan petang, dan janganlah engkau tergolong ke dalam kumpulan orang-orang yang lalai.” (Al-A’raf 205)
 
Ketagihan bermain permainan video ini adalah salah satu trend permainan kanak-kanak masa kini. Berbanding dahulu, anak-anak zaman ini lebih rela menghabiskan sebahagian besar daripada masa mereka untuk permainan video. Hobi yang akhirnya menyebabkan ‘ketagihan’ ini dikatakan menjadi salah satu punca mereka mengalami masalah gagal menguasai kemahiran bersosial dan berkomunikasi.

 

Menurut Pensyarah Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Khaidzir Ismail, sindrom itu berlaku akibat kurangnya pendedahan dan pergaulan dengan masyarakat, yang mana akhirnya mereka akan menjadi pendiam dan lebih gemar bersendirian. Selain itu juga ketagihan ini dikatakan boleh membawa kepada masalah lain seperti kemerosotan kesihatan dan pengurusan diri serta masa yang tidak teratur.

Dari sudut psikologi pula, beliau menyatakan bahawa ciri ketagihan permainan video sama seperti ketagihan lain iaitu keinginan yang sangat tinggi untuk mendapatkan sesuatu yang dikehendaki. Faktor yang mendorong ketagihan tersebut berpunca daripada unsur ganjaran dan sikap ingin mencapai tahap tertinggi dalam satu-satu permainan video.

Lebih buruk lagi  segelintir daripada mereka bukan sahaja bermain video di rumah, malahan sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk ke kafe siber. Menurut Khaidzir juga, ketagihan yang sama di kafe siber juga membimbangkan kerana kanak-kanak terdedah kepada kemungkinan terlibat dengan kejadian jenayah seperti samun dan dadah.

Pada awal tahun ini seorang remaja mati mengejut di sebuah kafe siber di Taiwan akibat kemaruk bermain permainan video selama 40 jam tanpa henti.

Pada bulan lepas, seorang remaja Amerika Syarikat berusia 15 tahun dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri selepas bermain permainan video selama empat hari tanpa henti.

Pegawai Psikologi Kanan Universiti Sains Islam Malaysia, Nurhazreen Mohd. Nor turut mengulas perkara yang sama. Menurut beliau, selain kanak-kanak, ia juga memberi kesan buruk kepada orang dewasa. Tidak terkecuali sindrom yang sama boleh menyebabkan tekanan dalan hubungan suami isteri akibat kurangnya rasa hormat antara satu sama lain.

Ketagihan permainan video ini dilihat bukan sahaja memberi kesan negatif  kepada hubungan kita dengan persekitaran tetapi lebih utama adalah mengganggu hubungan kita dengan Allah. Pengurusan masa yang sering terabai ditambah dengan keinginan untuk mencapai tahap tertinggi dalam sesuatu permainan video adalah menjadi punca seseorang meninggalkan dari melaksanakan tanggungjawab lain kepada Allah seperti mengerjakan solat.

Adalah sangat penting ibu bapa atau ahli keluarga memberikan perhatian dan sokongan kepada ahli keluarga yang mempunyai masalah ketagihan permainan video. Sesebuah institusi kekeluargaan perlulah mempunyai seseorang yang bertindak sebagai perancang untuk mengembalikan interaksi sesama ahli keluarga termasuk menghentikan tabiat ketagih permainan video ini.

Walaupun kita mampu memberikan sesuatu pembelajaran yang terbaik untuk anak-anak kita supaya mereka tidak ketinggalan dalam pembangunan arus teknologi semasa, tetapi kita sering mengabaikan pendidikan psikologi dan rohani mereka dalam menghadapi pelbagai lagi isu besar pada masa hadapan.  

Kemajuan teknologi dan kepakaran haruslah diaplikasikan untuk tujuan pembangunan kreativiti, inovasi dan kecemerlangan ummah disamping membangunkan taraf hidup manusia. Janganlah dek kerana nikmat kemajuan yang diberikan Allah ini semakin melalaikan serta menjauhkan kita dari mendapat keredhaan-Nya.

wassalam.

By khairazahra Posted in Umum

(gaMbaR) peNgGaNtuNgan suSpEk pEmbUnuhaN AbraHam LiNcoLN

Sumber : Takusahrisau

Umum mengetahui bahawa John Wilkes Booth bertanggungjawab terhadap pembunuhan Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln. Akan tetapi, Booth tidak berseorangan dalam menjayakan misi konspirasi mereka. Beberapa individu yang lain turut sama berganding bahu dengan Booth semasa pembunuhan Lincoln pada 14 April 1865 adalah Mary Surrat, Lewis Payne, David Herold dan George Atzerodt.

Keempat-empat mempunyai peranan masing-masing. George Atzerodt misalnya, beliau telah diberi tugasan oleh John Wilkes Booth untuk menjalankan misi pembunuhan naib Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Andrew Johnson. Walaubagaimanapun, Atzerodt gagal melaksanakan misi tersebut miskipun hampir saja berkemampuan membunuhnya pada 14 April 1865.

Kegagalan Atzerodt akhirnya membawa kepada penahanannya pada 20 April 1865.

Semasa dalam proses pengggantungan tersebut, keempat-empat tertuduh masing-masing berumur 42 tahun(Mary Surrat), 21 tahun(Lewis Payne), 23 tahun(David Herold) dan 30 tahun(George Atzerodt).

Mary Surrat

David Herold

Lewis Payne

George Atzerodt

Daripada keempat-empat individu tersebut, hanya Mary Surrat sahaja seorang wanita dan yang paling tua berbanding yang lain. Beberapa cerita mengatakan Mary Surrat menjadi tidak keruan semasa proses tersebut hendak dijalankan. Beliau gelisah dan merasakan ketakutan menghadapi tali gantung. Keadaan Mary Surrat menyebabkan beliau terpaksa dipujuk oleh seorang paderi.

Proses penggantungan keempat-empat tertuduh dijalankan tepat pada jam 1.23 petang. Mary Surrat paling mudah untuk meninggal dunia manakala Lewis Powell dan David Herold mengambil masa selama lima minit menggeletar sebelum kaku. George Atzerodt pula sedikit menggeletar dengan perut dan kakinya bergoyang-goyang sebelum kaku. Menurut pemeriksaan doktor selepas penggantungan, hanya tulang leher Atzerodt sahaja tidak patah akibat impak tali gantung yang kemudiannya menyebabkan beliau mengalami sedikit ‘kesakitan’ sebelum menemui ajal.

Mayat keempat-empat tertuduh dibawa turun daripada tali gantung 30 minit kemudian.

Proses penggantungan tersebut berlangsung dengan disaksikan oleh ribuan orang yang terdiri daripada keluarga mangsa, pegawai kerajaan, saksi-saksi rasmi, wartawan dan tentera-tentera.

Di bawah adalah turutan beberapa gambar semasa proses penggantungan keempat-empat tertuduh yang dijalankan pada 7 Julai 1865.

Sebelum penggantungan

Keempat-empat tertuduh baru sahaja sampai di perancah

Mendengar pembacaan waran mati

Selepas penggantungan(dari kiri; Mary Surrat, Lewis Powell, David Herold dan George Atzerodt)

 

By khairazahra Posted in Umum

meNgaPa yaHudi mEngGaLi di bAwaH MasJid AL- AqSa

 
Luangkanlah masa untuk membaca tentang kejadian masa lalu dan yang akan datang. Anda mestilah benar-benar mengetahui apa yang berlaku di Palestin pada hari ini. Ketahuilah apa yang Zionis lakukan dan yang lebih penting anda tahu mengapa dan kenapa.
 
Pertama. Lihatlah penggalian di bawah Masjid Al-Aqsa. Cukup cemas, bahaya dan merosakkan asas binaan Masjidil Al-Aqsa. Jika sebelum ini anda membaca melalui portal dan media yang berat sebelah. Kini saksikanlah sendiri kerosakan yang teruk akibat kerja penggalian ini. Keretakkan merata-rata di tiang besar, lantai dan dinding masjid yang suci bagi umat Islam.
 
Pihak Israel sedang menggali di bawah Masjidil Al-Aqsa. Mereka mengakui secara terbuka niat mereka untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa untuk “membangkitkan semula “Temple of Solomon.” iaitu Kuil Sulaiman.
 
Arkeologi dan ahli kaji sejarah mengetahui bahawa runtuhan “Kuil Sulaiman” terletak di bawah Masjidil Al-Aqsa. Kita tidak tahu berapa dalam penggalian tersebut, namun kita tidak boleh berdiam diri dan membiarkan sahaja perkara ini berlaku. Ini memerlukan perhatian dunia Islam.
 
Saudara Islam seluruh dunia harus tahu apa yang berlaku dan kesan pengalian ini. Ini satu kebenaran yang mengejutkan.
 
Kubah emas bukanlah Masjidil Al-Aqsa tetapi adalah Masjid Batu bergantung “Dome Of The Rock. Setiap kali Masjidil Aqsa diucapkan di media, mereka akan menunjukkan Masjid ” Dome of the rock” sebagai Masjidil Al-Aqsa. Sehingga orang ramai tidak mengetahui yang mana satu Masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.
 
Ini merupakan cara Zionis. Mungkin sehinggakan Masjidil Al-Aqsa dihancurkan, umat Islam tidak mengetahui akan kehancurannya. Menjadi kewajipan umat Islam untuk tahu yang mana satu masjidil Al-Aqsa yang sebenarnya.
 
Artikel Bangunan Masjid Al-Aqsa yang Sebenarnya, mengungkap penipuan Zionis
 
Kenapa pencerobohan harus dilakukan kepada Masjidil Al-Aqsa? Adakah disebabkan nilai tanahnya atau lain-lain sebab musabab yang dikehendaki oleh Yahudi!
 
Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjidil A-Aqsa
 
Berbalik kepada sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggungjawab membina apa yang dikenali sebagai Kuil Sulaiman”. Nabi Sulaiman As berbeza dari Nabi-nabi yang lain kerana baginda di beri Allah SWT boleh menguasai umat manusia, dan bangsa jin.
 
Nabi Sulaiman ditugaskan dengan menyebarkan ayat-ayat Allah SWT iaitu: keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan sahaja. Perkara ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan okultisme (ilmu ghaib). Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajar untuk berhubung dengan pemanggil roh. Amalan ini berkaitan berkaitan dengan jin dan setan.
 
Dalam Islam kita tahu bahawa ilmu sihir adalah haram. Al-Quran mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubung kait walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka boleh melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. Tidak wujudnya seperti Jin “baik” atau membantu, kerana setiap jin yang bercakap dan berinteraksi dengan manusia secara langsung dilarang oleh Allah SWT.
 
Jadi arahan Nabi Sulaiman AS supaya mereka membawa kesemua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda kuburkan semua buku, kitab dan apa jua yang berkaitan dengan amalan ini dimana baginda fikirkan paling selamat iaitu tidak akan ada sesiapa yang boleh mendapatkan atau mencurinya.
 
Baginda menanamkan buku-buku ajaran sihir itu di bawah tapak kuil tersebut. Baginda melantik beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Templar) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.
 
Kesatria melakukan tugasan yang diberikan pada awalnya. Selepas Nabi Sulaiman a.s wafat, The Knights menemui apa yang terdapat di bawak kuil itu. Mereka menyedari akan kepentingan perkara ini, rahsia amalan sihir berada di hujung jari mereka. Mereka mencuri dan mula berlatih. Mereka pindahkan kitab-kitab dan mula berlatih dan mengamalkan. Mereka benar-benar jauh dari agama Nabi Musa dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Kerana ritual yang mereka jalankan, mereka dengan segera menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu. 
 
Ahli okultisme menegaskan bahawa Syaitan memberi penghargaan kepada pengikutnya dengan kekayaan duniawi. Mereka boleh membuat apa sahaja seperti memberi dan menerima rasuah, maksiat, kerosakan di bumi, dan banyak lagi yang menyimpang dari ajaran sebenar di dalam Islam. Mereka juga percaya bahawa Syaitan meyakinkan mereka, melalui para imam dan pendeta tinggi, bahawa ‘kuasa’ itu adalah Allah yang nyata.
 
Selama berabad-abad, naskah itu diseludup ke Eropah, dan Kesatria Templar menggelarkan mereka sebagai “Free Mason”. Dengan kekuatan yang terkumpul, mereka pantas menyebarkan pengetahuan ini di seluruh dunia melalui kumpulan-kumpulan rahsia.
 
Semua ini dilakukan dengan satu tujuan iaitu mengikut kehendak tuhan Syaitan dan sebagai langkah untuk menyambut kedatangan Dajjal bermata satu yang mewakili syaitan di bumi. Simbol mereka adalah piramid dan di atasnya terdapat “all seeing eye” yang bermata satu. Perlu diketahui bahawa orang Mesir kuno juga mempunyai tuhan yang bermata satu dikenali sebagai Mata Ra danMata Osiris. Ingat bahawa ilmu hitam adalah diajar dari orang-orang kafir dari Mesir kuno.
 
Jadi jika freemason sudah mendapat hak dan kekayaan di dunia dan “harta rahsia” ini. Mengapa semua tertumpu untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa?
 
Sebenarnya mereka sedang mempersiapkan kedatangan tuhan mereka iaitu “Dajjal”.
 
Apa Yang Islam Dan Nabi Muhammad SAW Memperingati Kita Tentang Kedatangan Dajjal
 
1. Dalam Islam kita tahu Dajjal adalah Nabi palsu. Dajjal akan meniru seperti nabi sejati dalam segala hal. Nabi yang sebenar adalah Nabi Isa AS yang akan datang semula untuk memerintah dunia dari Jerusalem. Jadi disitulah Dajjal akan tiba di atas tanah suci, Jerusalam.
 
2. Nabi Muhammad SAW berkata kepada kami bahawa Dajjal dikeluarkan dari dunia ini. Dengan demikian ia telah berada di planet ini sejak zaman Rasulullah SAW. Kami diberitahu bahawa Dajjal akan hidup di bumi selama 40 hari (satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu, dan selebihnya seperti hari biasa Ingat 1 tahun surgawi. Adalah sama dengan 1000 tahun manusia. anda melakukan matematik). Ini membuktikan bahawa ia adalah jin yang kuat, seperti jin boleh hidup selama ribuan tahun.
 
3. Semua Nabi-nabi memperingatkan kaum mereka tentang Nabi palsu ini.
 
4. Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu kedatangan Dajjal dan memperingatkan kita untuk mengetahui bahawa Allah SWT tidak “bermata satu”. Dajjal juga akan mempunyai perkataan kafir di dahinya. Nabi Muhammad SAW juga memberi amaran, bahawa setiap Muslim setelah mendengar “kedatangan” Dajjal perlu memaling muka daripada memandang wajah Dajjal. Dan membelakangkan dan terus berjalan menjauhkan diri darinya. Tidak melihat ke arahnya, atau berjalan ke arahnya. Jangan ingin tahu dan Nabi SAW memberi amaran bahawa orang yang terkuat imannya akan diuji dan mudah boleh jatuh korban fitnah Dajjal, kerana Dajjal adalah “Master of Deception”.
 
Zionis pernah menyebut bahawa kawasan diantara sungai Nil dan Furat sebagaimana adanya “tanah yang dijanjikan”. Mereka harus membina kuil asal untuk menyambut kedatangan Dajjal.
 
Jadi Di Mana Tapak Kuil Sion Yang Asal?
 
Bukti arkeologi dan sejarah membuktikan bahawa runtuhan kuil asal Sion adalah di bawah Kuil Sulaiman. Ini sebabnya mengapa yahudi/zionist ingin menghancurkan Masjidil Al-Aqsa supaya mereka dapat membangunkan semula kuil dibawah Masjidil Al-Aqsa.
 
Perkara ini menjelaskan mengapa Kerajaan AS begitu baik dengan Israel. Mereka mempunyai tujuan yang sama, dan kepercayaan bersama. Mereka bekerja untuk sebuah kekuatan yang jauh lebih besar, dan jauh lebih jahat dan penuh dengan penipuan. Inilah sebabnya mengapa dasar luar negeri AS adalah pro-Israel, bahkan mereka mengetepikan rakyat mereka sendiri. Inilah sebabnya mengapa mereka membiarkan Palestin diserang berkali-kali. Mereka memang berniat untuk menghancurkan Masjidil Al-Aqsa. 
 
Dan inilah sebabnya mengapa mereka menggambarkan orang-orang Arab dan Muslim sebagai pengganas. Mereka ingin menghasut dan mengubah dunia supaya melawan dan membenci orang Islam, kerana faktanya adalah, orang-orang yang akan terus mempertahankan Masjid Al-Aqsa adalah orang-orang Muslim. Muslim memahami pentingnya Masjidil Al-Aqsa, ia adalah kiblat pertama umat Islam. Oleh kerana itu orang-orang Muslim adalah musuh dajjal dan Amerika adalah murid-murid Dajjal.
 
Dalam Al-Quran mengatakan bahawa salah satu tanda akhir zaman sebelum kedatangan Dajjal adalah runtuhannya Masjidil Al-Aqsa yang sedang berlaku sebagaimana yang anda baca ini.
 
Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari kejahatan Dajjal dan pengikutnya. Semoga cahaya Islam bersinar terang dari sebelumnya.
 
Dan bukti kedatangan Dajjal dan akhir zaman adalah kehancuran Masjidil Al-Aqsa.
lihat gambar penuh di sini
 
By khairazahra Posted in Umum

miSteRi SuNgai FuRat

Iraq sebuah negara yang dianugerahkan oleh Allah SWT dengan kekayaan hasil bumi yang melimpah ruah walaupun keadaan geografi negara itu bergunung ganang dan kering kontang. Dari dulu sehingga kini dan selama-lamanya, hasil buminya tak pernah berdikit. Tetapi rakyatnya tidak pernah aman dari persengketaan kaum juga dari dulu sehingga kini dan selama-lamanya perpecahan dan perbalahan tidak pernah bersatu.

Pun begitu, negara ini ditakdirkan telah mempunyai pemimpin yang cukup keras penentangannya terhadap kuasa-kuasa kafir Amerika dan Israel. Negara Kafir itu tidak menyenangi dasar luar Iraq ini lalu mereka mengambil kesempatan menyerang dan menaklukki negara Iraq atas alasan negara ini disifatkan sebagai negera ‘pengganas’. Lalu Saddam dihukum bunuh oleh kafir dan konco2nya, sehingga kini negara itu tidak pernah aman dari persengketaan.

Mereka, kafiar ini memang ada niat yang ‘besar’ disebalik penaklukan negara Iraq. Mereka melakukan peperangan ini sebenarnya ingin merebut kekayaan yang ada di negara Iraq.

Mari sama-sama kita hayati terjemahan hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Tidak terjadi hari Kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates iaitu sebuah Gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutnya. Maka terbunuh 99 daripada 100 orang yang berperang. Dan masing2 yang terlibat berkata, “Mudah2an akulah yang orang yang terselamat itu”. Di dalam riwayat lain ada disebutkan, “Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ JANGANLAH ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu”.
(H.R. Bukhari Muslim)

Di mana sebenarnya terletak Sungai Furat yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw? Apakah sekarang ia sudah surut airnya? Apakah terjemahan hadis ini juga telah diketahui oleh Kafiaq Amerika menakluki Iraq sebagai persediaan untuk menunggu Sungai Furat itu menjadi kering bagi mendapatkan perbendaharan Emas itu?

Sebenarnya kita Umat Islam telah dilarang oleh Rasulullah saw untuk mengambil apa-apa daripada harta itu. Jadi kita tidak perlulah bersusah payah untuk ke sana masuk golongan manusia seperti mereka itu. Yang lebih baik kepada kita muhasabbah diri, kerana tidak terjadi hari Kiamat sehingga keringnya Sungai Furat.

Inilah istimewanya Sungai Furat atau Sungai Euphrates. Sebagai peringatan kepada diri ini. Wallahu’alam. 

Maklumat Tambahan Berkaitan Sungai Furat 

Sungai ini merentangi 3 negara Iraq, Syria dan Turki. Panjang keseluruhan sungai ini adalah kira-kira 2,289km (1,422 batu). Peta di bawah melakari kepanjangan sungai ini.

 


Pemandangan di sekitar sungai ini sebahagiannya boleh disaksikan beberapa foto di bawah.

 

Anda lihatlah dan selusurilah sungai ini, bermula dari negara Turki hingga  ke muaranya di negara Iraq. Jaraknya sejauh lebih kurang 5 kali perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Persoalannya di mana letaknya ‘perbendaharaan emas’ yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw. Bagaimanapun, kita tidak perlu mencari harta itu kerana ia telah di LARANG oleh junjungan besar kita.

Sumber : Lovelove islam

By khairazahra Posted in Umum

– GeMpa 2012 –

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Subhanallah..Semoga seluruh umat islam sentiasa di bawah perlindungan Allah Yang Maha Besar dan dijauhi dari segala malapetaka. Berdegup kencang jantung saya apabila mendengar berita tentang gempa bumi yang melanda Indonesia sekali lagi petang tadi. Rasanya masih jelas terbayang di mata peristiwa yang berlaku pada 26 Disember 2004 yang lalu. Gempa bumi pada kadar 8.9 skala Richter yang dilaporkan berlaku di pantai barat Sumatera Utara sekitar jam 3.38 petang tadi, waktu tempatan turut sama dirasai oleh beberapa negara jiran termasuklah Malaysia.

Agensi Geofizikal Indonesia mengeluarkan amaran tsunami-Gempa bumi 8.9 SR yang berpusat kira-kira 33 kilometer di dasar laut, berlaku kira-kira 495 kilometer dari Banda Acheh.

Kesan gempa bumi – Pagar Lapas Banda Acheh runtuh

Berdasarkan maklumat yang saya baca, kawasan yang paling merasai gegaran paling lama adalah negeri di sekitar utara tanahair antaranya Perak, Penang dan Kedah. Gegaran yang dirasai itu berlaku dalam lingkungan jam 4.50 petang ( waktu Malaysia). Seorang sahabat yang sedang beristirehat di rumahnya di Penang turut menceritakan sendiri pengalamannya merasai 3 gegaran selama 3-5 minit.

Secara umumnya, bencana alam di akhir zaman ini adalah sangat berkait rapat dengan  perubahan iklim dunia akibat aktiviti manusia sendiri. Manakala jika dilihat secara khusus, ini adalah janji Allah pada manusia yang semakin melupakan ikrar taat setia mereka untuk mematuhi segala perintah allah dan meninggalkan segala larangannya.

Sesetengah ulama berkata, ” apabila manusia sudah tidak mahu mengikut perintah ALLAH SWT dengan cara Rasulullah SAW,  maka pertolongan ALLAH SWT tidak akan turun dan akan membiarkan alam mencari keseimbangan melalui berbagai bencana sehinggalah hari kiamat. Dunia terus mencari keseimbangan alam melalui pelbagai bencana yang berlaku dan tidak dapat dipersoalkan lagi. Semuanya telah disebutkan dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu, cuma manusia sahaja yang tidak mahu mengakuinya.

tornado southeast amerika serikat Earth Hour Malaysia 2012Tornado di Amerika Tengah

Adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan membuat darat menelan kamu, atau mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu, kemudian kamu mendapati tiada wakil bagi kamu? Atau, adakah kamu berasa aman bahawa Dia tidak akan mengembalikan kamu ke dalamnya pada kali yang kedua, dan Dia mengutuskan kepada kamu angin taufan, dan menenggelamkan kamu kerana ketidak percayaan kamu, kemudian kamu mendapati tiada pendakwa untuk kamu terhadap Kami?” (17:68-69).

Gempa Bumi Turki 2011 – 7.2 skala Richter

Adakah mereka berasa aman, orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak akan membuatkan bumi menelan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak menyedari?” (16:45) dan ”Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat bumi menelan kamusedang ia bergoncang?” (67:16).

Flood Bangkok Earth Hour Malaysia 2012Banjir Besar Thailand

Tsunami2011 Japan Earth Hour Malaysia 2012Tsunami Jepun 2012

Kemudian Kami membukakan pintu-pintu langit dengan air tercurah, dan membuatkan bumi memancarkan mata-mata air, dan air-air bertemu untuk satu urusan yang ditetapkan.” (54:11-12) dan ”Tetapi mereka berpaling; maka Kami mengutuskan kepada mereka Banjir Arim, dan Kami menukarkan kedua-dua kebun mereka dengan dua kebun yang mempunyai hasilan yang pahit, dan cemara, dan di sana sini, sedikit pohon bidara.” (34:16).

sunflare Earth Hour Malaysia 2012Ribut Matahari

atau Kami menjatuhkan kepada mereka serpihan dari langit.” (34:9) dan “Ia bertanya (secara mengejek): “Bilakah datangnya hari kiamat itu?” (Jawabnya) “Maka apabila pemandangan menjadi berpendar-pendar. Dan BULAN HILANG CAHAYANYA (kerana cahaya matahari yang terlalu terang ketika itu membuatkan bulan tidak kelihatan- seperti pada waktu tengah hari). Dan matahari serta bulan DIHIMPUNKAN BERSAMA (apabila matahari mula menelannya).”- (Al-Qiaamah: 6-9) serta “Apabila matahari DILINGKARI CAHAYANYA (dan hilang lenyap-terpadam). Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak”- (At-Takwiir: 1).

MANUSIA TERLUPA YANG MEREKA TIADA KUASA MELAINKAN DENGAN IZIN ALLAH SEMUANYA BERLAKU. MANUSIA TIDAK AKAN MENANG JIKA TANPA SEDAR INGIN MENENTANG KEKUASAAN ALLAH SWT.

Firman Allah Surah Al-Baqarah ayat 164 yang ertinya;

“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, kapal yang berlayar di laut dengan muatan yang bermanafaat bagi manusia, apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkan Nya bumi setelah mati kering, dan Dia tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, semua itu sungguh, merupakan tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang mengerti‘.

Sumber : Denai hati

* Ya Allah, lindungilah kami dan jadikanlah kami orang-orang yang sentiasa di dalam agama yang Engkau Redhai..Jauhilah kami dari Azab seksa kubur dan seksa api neraka-Mu..Amin..

By khairazahra Posted in Umum

(Gambar) pErkUbuRaN BaQi’..

sumber : Takusahrisau

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

Mungkin tidak berlebihan jika mengatakan bahawa Perkuburan Baqi’ adalah perkuburan paling mulia di antara kesemua perkuburan di dunia. Di Perkuburan Baqi’ ini menempatkan 10,000 jenazah termasuk para Ahlul Bait iaitu isteri-isteri dan anak-anak Rasulullah saw, para sahabat dan para tabien. Perkuburan ini tidak pernah sunyi daripada dikunjungi oleh para pengunjung yang melaksanakan ibadah umrah. Rata-rata mereka ingin menikmati rasa cinta kepada para sahabat dan tabien yang telah banyak berkorban kepada  perkembangan Islam. Berkenaan dengan kelebihan perkuburan Baqi’, Rasulullah saw pernah bersabda,

“Aku adalah orang pertama yang keluar daripada Bumi(ketika hari kebangkitan), kemudian Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian giliran penghuni Baqi’ yang akan berhimpun bersamaku. Kemudian aku menunggu penduduk Mekah sehingga penuh di antara dua Masjidil Haram”.

 

Sejarah Perkuburan Baqi’

Perkuburan Baqi’ terletak di tenggara Masjid Nabawi di Madinah. Di satu sudut di Masjid Nabawi terdapatnya kubur junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Perkuburan Baqi’ juga dikenali dengan Jannatul Baqi’ atau Taman Syurga. Perkuburan Baqi’ juga mempunyai gelaran lain iaitu Baqi’ul Qarqad atau Taman Qarqad.

Gelaran Baqi’ul Qarqad diberikan kepada perkuburan Baqi kerana sebelum tanah tersebut digunakan sebagai wakaf perkuburan Baqi’, tanah tersebut telah dipenuhi dengan pohon Qarqad. Pohon Qarqad adalah sejenis pohon renek yang berduri. Ia mampu hidup subur di iklim sederhana dan subtropika. Kepada yang tidak mengetahui apakah itu pohon Qarqad ini, Rasulullah saw pernah bersabda,

“Tidaklah akan berlakunya kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!” kecuali pohon Qarqad, kerana sesungguhnya pohon ini adalah dari pohon Yahudi”

Jenazah pertama yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ adalah seorang sahabat Rasulullah saw daripada golongan Ansar iaitu Asa’ad bin Zararah. Oleh yang demikian, Asa’ad bin Zararah tercatat sebagai sahabat Rasulullah saw pertama yang disemadi di Perkuburan Baqi daripada golongan Ansar. Manakala, jenazah pertama yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ daripada golongan Muhajirrin adalah Uthman bin Mahzun. Ahlul Bait pertama disemadikan di perkuburan mulia ini adalah anak perempuan Rasulullah saw, Ruqayyah bin Muhammad saw.

Perluasan pertama yang dilakukan terhadap Perkuburan Baqi’ adalah pada zaman pemerintahan Muawiyyah bin Abi Sufian. Beliau telah membeli beberapa ladang yang berhampiran dengan Perkuburan Baqi’ untuk dijadikan wakaf perkuburan.

Kemudian Muawiyyah telah membina kubah di atas kubur Saidina Uthman bin Affan yang juga merupakan warisnya. Kubur Saidina Uthman bin Affan adalah kubur pertama yang dibina kubah di Perkuburan Baqi. Selepas daripada pembinaan kubah di kubur Saidina Uthman bin Affan, banyak lagi kubah telah dibina untuk para sahabat dan tabien yang mashyur oleh para khalifah Islam yang bersilih ganti.

 

Pemusnahan

Pada tanggal 1 Mei 1925, Perkuburan Baqi’ telah dimusnahkan atas arahan Raja Abdul Aziz al-Saud dan ulama-ulama Mazhab Wahabbi. Ulama-ulama Wahabbi yang berpegang teguh dengan prinsip anti-Bidaah itu memusnahkan seluruh moseleum, kubah dan struktur binaan di Perkuburan Baqi’. Tindakan yang disifatkan mereka sebagai ‘penyucian daripada khurafat dan bidaah’ sebenarnya menyahut pegangan mazhab Wahabbi yang melarang sebarang struktur dibina di atas makam.

Tindakan ulama-ulama Wahabbi dan Raja Abdul Aziz ini dianggap melampau dan keterlaluan oleh sesetengah pihak terutama puak Syiah. Puak Syiah menyifatkan tindakan ulama Wahabbi meruntuhkan dan meratakan kesemua binaan Ahlul Bait seperti makam Fatimah binti Muhammad, Masjid Fatimah, Rumah Rasulullah saw di Mekah, makam Bani Hasyim di Mekah, Mesoleum dan rumah Imam pertama Syiah, Imam Jaafar al-Sadiq dan banyak lagi adalah melampau dan sangat keterlaluan. Mereka mengingati peristiwa ini sebagai Yaumi Gham atau Hari Kesedihan.

 

Rasional

Sebenarnya, tindakan ulama-ulama Wahabbi yang merata dan memusnahkan seluruh binaan di Perkuburan Baqi’ ada rasional dan nasnya. Ulama Wahabbi menggunakan beberapa hadis Rasulullah saw yang melarang sebarang binaan dan tulisan dicatatkan di kuburan.

Diriwayatkan dari Abi Sa’id al-Khudri ra menceritakan;

“Sesungguhnya Nabi saw menegah dari membuat binaan di atas kubur” (Riwayat Imam Ibnu Majah dengan sanad yang soheh).

Hadis yang lain turut menyatakan Rasulullah saw melarang daripada membina binaan di perkuburan.

“Rasulullah menegah dari melapisi kubur dengan kapur putih, dari duduk di atasnya dan dari membuat binaan di atasnya” (Riwayat Imam Muslim ra dari Jabir ra).

 

Tindakan tegas ulama Wahabbi ini telah menyebabkan protes oleh puak Syiah yang sering mengunjungi beberapa tempat dan kuburan yang dianggap mereka sebagai suci seperti makam Fatimah, makam Imam Jaafar as-Sadiq, makam Ibnu Abbas, Qubbat’ al-Thanaya(makam gigi Rasulullah saw ditanam semasa Perang Uhud) dan beberapa lagi tempat lain.

Mereka sering berada di tempat tersebut untuk membayar nazar atau berdoa meminta berkat. Ia benar-benar menyalahi hukum syarak dan ini diambil oleh ulama Wahabbi sebagai punca kepada pemusnahan kesemua tempat-tempat suci pada pandangan mereka.

Harus dipuji kepada tindakan Wahabbi ini adalah mereka ternyata tidak pilih kasih kepada segala tindakan yang telah dibuat. Sebagai contoh, tanah perkuburan yang dikhaskan kepada keluarga diraja Raja Saudi iaitu Perkuburan Al-Oud, tiada satupun binaan mahupun tanda batu bertulis di perkuburan tersebut. Perkuburan Al-Oud berlainan dengan perkuburan-perkuburan diraja lain di dunia di mana perkuburan diraja lain dilengkapi dengan kubah dan moseleum yang mahal dan mewah seperti Taj Mahal, Perkuburan Diraja Adhamiya di Baghdad dan lain-lain.

Makam Diraja Al-Oud.

 

Walaubagaimanapun, kontranya adalah umat Islam hari ini tidak mampu lagi untuk mengenali dan mengunjungi makam dan tempat-tempat mulia milik Rasulullah saw untuk dijadikan ikhtibar dan pedoman. Waallahualam..

 

Gambar-gambar di Perkuburan Baqi’

Di Perkuburan Baqi’, terdapat beberapa tempat yang sering dikunjungi kerana ia menempatkan makam para Ahlul Bait, isteri-isteri Rasulullah saw(kecuali Siti Khadijah binti Khuwailid kerana beliau dikuburkan di Jannatul Ma’ala), para sahabat besar, para tabien, para syuhada dan ulama-ulama salaf. Walaubagaimanapun, kubur tersebut tidak bertanda kerana telah dimusnahkan atas arahan Raja Saudi dan ulama-ulama Wahabbi.

 

Makam para Syuhada al-Hurrah

Perkuburuan ini menempatkan makam para Syuhada al-Hurrah. Para syuhada ini digelar sedemikian rupa adalah kerana mereka telah rebah syahid semasa tragedi al-Hurrah. Tragedi al-Hurrah adalah tragedi di mana Yazid bin Abi Sufyan telah mengarahkan bala tenteranya membunuh dan menghukum penduduk Madinah yang enggan memberi kerjasama terhadapnya. Kempen berdarah ini diketuai oleh Muslim bin Uqbah dan telah mengorbankan ramai sahabat dan golongan tabien. Kesemua mereka disemadi di Perkuburan Baqi’.

Makam Syuhada al-Hurrah

 

Makam Imam Malik ra dan Imam Nafi ra

Perkuburan ini menempatkan pengasas Mazhab Maliki iaitu Imam Malik bin Anas ra dan gurunya Imam Nafi ra. Nama sebenar Imam Nafi ra adalah Nafi’ bin Abdul Rahman bin Abi Na’im. Beliau yang dilahirkan sekitar 70H meninggal dunia pada 169H. Imam Nafi ra adalah antara guru pertama dalam bidang Qiraat dan al-Quran.

Makam Imam Malik ra.

Kuburan Imam Malik dan Imam Nafi yang berdekatan antara satu sama lain.

Makam Isteri-Isteri Nabi saw

Perkuburan ini menempatkan para isteri Nabi saw kecuali Siti Khadijah binti Khuwalid ra. Siti Khadijah binti Khuwalid ra disemadikan di Jannatul Ma’ala di Mekah. Sepertimana Perkuburan Baqi’, Jannatul Ma’ala turut diratakan oleh pemerintah Arab Saudi.

Makam isteri-isteri Nabi saw yang berjumlah 9 orang.

Makam Ahlul Bait

Perkuburan ini menempatkan tiga orang Ahlul Bait iaitu anak perempuan bongsu Rasulullah saw, Siti Fatimah, bapa saudara Rasulullah saw, Abbas bin Abi Mutallib dan cucu Rasulullah saw, Hasan bin Ali. Ketiga-tiga ahlul bait ini ditempatkan di satu sudut di belakang tembok setinggi 2 meter.

Makam Abbas bin Abi Mutallib

Makam Siti Fatimah ra.

(1)Hasan bin ra, (2) Ali Zainal Abidin ra.(3) Muhammad al-Baqir ra dan (4) Jaafar al-Sadiq ra (5) Saidina Abbas ra

Makam Ibrahim, anak lelaki Rasulullah saw

Ibrahim adalah anak lelaki Rasulullah saw daripada isteri baginda, Maryam al-Qibtiah. Diriwayatkan bahawa Ibrahim disayangi Rasulullah saw dan memiliki rupa paras Rasulullah saw. Ibrahim meninggal dunia ketika berusia dua tahun.  Pada masa itu, berlaku fenomena Gerhana Matahari dan ramai sahabat mengaitkan kejadian tersebut dengan kematian Ibrahim. Rasulullah saw menyangkalnya dan mengatakan ia adalah karut.

 

Makam Ibrahim

Perkuburan Baqi’ Al-Ammat

Makam yang paling kiri adalah makam Safiyyah binti Abdul Muthalib.Paling kanan adalah makam Ummul Baiza yang juga ibu saudara Rasulullah Saw. Berada di tengah adalah makam Atikah binti Abu Mutallib.

Berada di tengah-tengah komplek Perkuburan Baqi’ adalah makam Saidina Uthman bin Affan. Saidina Uthman adalah sahabat besar Rasulullah saw dan juga khalifah Islam ketiga selepas Abu Bakar as-Siddiq dan Umar bin Al-Khattab.

Makam Saidina Uthman bin Affan.

 Di satu sudut yang lain pula, terdapat makam ibu susuan Rasulullah saw iaitu Halimahtul Saadiah, sepupu Rasulullah saw, Jaafar dan Uqail bin Abi Talib, ibu kepada Ali, Jaafar dan Uqail, Fatimah binti Assad, sahabat nabi saw, Abu Said al-Qudri ra dan Abu Sufyan ra serta ramai lagi.

 Makam Halimahtul Saadiah

Halimahtul Saadiah merupakan ibu susuan kepada Nabi Muhammad saw. Beliau daripada suku Saad yang miskin. Diriwayatkan, sebelum Halimahtul Saadiah menyusu junjungan besar kita ini, susu Halimahtul Saadiah hampir kering. Namun, selepas menyusu, susunya mula banyak sehingga mampu menyusu anak sendiri sehingga kenyang.

Makam ibu susu kesayangan nabi saw, Halimatul Saadiah.

 

Jaafar bin Abi Talib

Jaafar bin Abi Talib atau nama gelarannya, Jaafar At-Tayyar meninggal dunia semasa mempertahankan pasukan Islam pada Perang Mu’tah. Jaafar digelar At-Tayyar kerana Rasulullah saw dikhabarkan oleh Allah swt bahawa Jaafar bin Abi Talib digantikan kedua-dua tangannya yang putus dengan sayap di syurga. Jaafar bin Abi Talib adalah abang kepada Ali bin Abi Talib.

 

Makam Jaafar bin Abi Talib.

 

Uqail bin Abi Talib

Uqail bin Abi Talib adalah sepupu kepada Rasulullah saw dan saudara kepada Jaafar dan Ali bin Abi Talib. Uqail turut berjuang bersama-sama abangnya di Perang Mu’tah menentang tentera Rom. Uqail meninggal dunia pada 686H pada usia yang cukup lanjut iaitu 96 tahun. Pada akhir usianya, Uqail mengalami kebutaan pada matanya.

Makam Uqail bin Abi Talib.

 

Fatimah binti Assad

Fatimah binti Assad adalah wanita mulia yang menjadikan Rasulullah saw sebagai anak angkatnya. Fatimah binti Assad adalah isteri kepada Abu Talib sekaligus ibu kepada tiga sahabat Rasulullah saw, Ali bin Abi Talib, Jaafar bin Abi Talib dan Uqail bin Abi Talib. Fatimah binti Assad meninggal dunia pada 626 masihi.

Makam Fatimah binti Assad yang sudah diratakan oleh pihak berkuasa.

By khairazahra Posted in Umum